Surat kepada anaknya Abdul Malik :
Engkau adalah orang yang paling mengenali dan memahami segala apa yang ayah katakan. Dengan segala puji Allah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita dalam segala hal. Baik yang kecil mahupun yang besar.
Ingatlah wahai anakku akan limpahan Allah kepadamu dan kepada ayahmu. Janganlah sekali-kali engkau berlagak sombong dan angkuh kerana itu adalah amalan syaitan. Syaitan adalah musuh utama bagi orang-orang yang beriman.
Ketahuilah tujuan utama ayah menulis surat ini bukanlah kerana berita yang sampai kepada ayah mengenai kelakuan burukmu kerana ayah tahu engkau seorang anak yang baik. Cuma sampai ke pengetahuan ayah, engkau terlalu bangga dengan diri sendiri. Jika perasaan bangga diri ini menyebabkan engkau melakukan sesuatu yang ayah tidak suka, tunggulah tindakan daripada ayah yang engkau tidak suka..
Berhati-hati :
Anak saya adalah cahaya mata saya. Walau bagaimanapun saya sentiasa berhati-hati dalam masalah ini. Saya takut kerana kasih sayang saya mengenepikan sahaja apa yang saya tahu tentangnya. Hingga saya sama seperti bapa-bapa lain yang menutup mata dengan kesalahan anak mereka.
Pergilah menemuinya dan periksalah keadaannya. Lihatlah jika ada unsur-unsur sombong dan angkuh padanya. Dia masih muda dan mudah dipengaruhi syaitan.
Keadaan anaknya ( Abdul Malik ) :
Saya sihat dengan rahmat dan nikmat Allah. Cuma saya bimbang saya terpedaya dengan keyakinan ayah saya kepada saya sedangkan saya tidak sebagaimana yang disangkakannya. Saya takut kasih sayangnya kepada saya menyebabkan dia mengenepikan sahaja apa yang dia tahu tentang saya hingga akhirnya saya menjadi beban kepadanya.
Saya perolehi perbelanjaan dari hasil tanah yang saya beli daripada orang yang mewarisi tanah itu daripada bapanya. Saya bayar harganya menggunakan wang yang saya perolehi daripada sumber yang tidak diragui. Dengan pendapatan ini saya tidak lagi bergantung kepada hasil fai ( kharaj ) umat Islam.
Makanan saya, satu malam saya makan daging. Satu malam saya makan kacang adas dan minyak. Satu malam saya makan cuka dan minyak. Itupun sudah memadai.
Saya pernah merasai perasaan itu ( merasa diri hebat ) tetapi ayah sudah pun menasihati saya. Telah telah menyedarkan saya hakikat diri saya serta menunjukkan betapa kecilnya diri ini. Kini saya tidak lai memandang tinggi diri sendiri. Allah telah menjadikan segala nasihatnya itu amat berguna untuk saya. Moga-moga Allah memberikan balasan yang sebaiknya kepada ayah yang berhati mulia ini.
Tidak, jauh sekali tidak ( meminta untuk berbohong ), Cuma katakan kepadanya. Saya melihat suatu masalah tetapi saya telah berikan nasihat kepadanya, Saya tunjukkan penyelesaian masalah itu kepadanya dan dia segera membetulkan kesalahannya itu. Saya tahu ayah tidak akan meminta tuan mendedahkan sesuatu yang tidak tuan dedahkan kepadanya kerana Allah telah memeliharanya. Dia tidak akan menyelidik perkara yang tersembunyi.
Kurus :
Bagaimanakah agaknya jika engkau melihat saya selepas tiga hari di kubur. Anak mata saya sudah tersembul, perut saya sudah pecah dan ulat merayap di seluruh tubuh ini. Jika engkau melihat saya ketika itu sudah tentu engkau lebih tidak percaya berbanding dengan apa yang engkau lihat pada hari ini.
Saya pernah mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda :
Di hadapan kamu ada satu halangan yang terlalu tinggi dan terlalu merbahaya. Tiada siapa yang mampu melepasinya kecuali orang yang kurus tubuhnya (disebabkan terlalu kuat beribadat dan berjihad )
Apakah engkau akan menyalahkan saya jika saya menguruskan tubuh untuk menghadapi halangan itu. Muga-muga saya terselamat walaupun saya rasa saya tidak akan selamat.
Untuk anak :
Saya telah mendengar apa yang engkau tanyakan. Tentang kata-katamu, saya telah menghalang anak-anak saya daripada memilki harta, demi Allah saya tidak akan menghalang mereka memiliki apa yang menjadi hak mereka dan saya tidak akan berikan mereka apa yang bukan hak mereka.
Tentang kata-katamu, bukankah baik jika sekarang ini engkau melantik saya atau sesiapa sahaja daripada keluarga engkau sebagai pemegang wasiat mereka, sebenarnya pemegang wasiat dan pelindung mereka bagi pihak saya adalah Allah yang telah menurunkan Al-Quran yang benar. Hanya Allah yang akan melindungi orang-orang yang soleh.
Anak saya mungkin akan menjadi seorang yang soleh dan bertakwa. Dengan itu, Allah akan melimpahkan kurniaanNya kepadanya dan Allah akan memudahkan segala urusannya.
Demi sesungguhnya saya tinggalkan mereka tanpa sebarang harta.
Nasihat buat anak :
Anak-anakku, ayah telah berikan kamu segala kebaikan. Setiap orang Islam atau bukan Islam yang melihat kamu pasti akan merasa bertangggungjawab dengan kamu. Anak-anakku. Di hadapan kamu ada dua pilihan. Sama ada kamu mahu menjadi kaya dan ayah kamu masuk neraka atau kamu menjadi miskin dan ayah kamu masuk syurga. Ayah pasti kamu akan memilih untuk menyelamatkan ayah daripada masuk ke dalam neraka.
Bangunlah, sesungguhnya Allah akan melindungi kamu. Bangunlah, sesungguhnya Allah akan memberi rezekiNya kepada kamu.
Puncak :
Inilah keadaan saya sekarang. Saya telah mencapai kemuncak dunia ini iaitu takhta khalifah. Namun jiwa saya berhajat untuk memperolehi kemuncak di akhirat pula iaitu syurga dan beroleh keredhaan Allah Azza wa Jalla. Jika pada kebiasaannya, seorang raja akan menggunakan takhtanya untuk mencapai kemuncak kegemilangan di dunia namun saya akan gunakannya untuk mencapai kemuncak kegemilangan di akhirat.
Demi Allah saya tidak pernah menyentuh harta umat Islam walauoun sedirham, walaupun sedinar semenjak saya menduduki takhta ini. Saya hanya miliki satu ribu dirham. Ambillah separuh dan tinggalkan untuk saya separuh.
Zalim :
Engkau datang dari negeri yang jauh. Sudah tentu engkau telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk perjalanan engkau ini. Malah bajumu juga mungkin menjadi usang. Begitu juga dengan kenderaanmu.Saya akan menghitung dan membayarnya.
Sebarkan berita ini kepada seluruh manusia supaya mereka yang dizalimi tidak akan merasa keberatan untuk mengemukakan masalahnya selepas ini walau sejauhmana sekalipun negerinya.