Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Pesanan medik

 Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen `Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor  yang  angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuhbudi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.


Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi sebab utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dengan kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

( Prof Dr Harlina Halizah bt Hj Siraj )

Budaya kerja

Stail pengurusan dan kepimpinan berikut perlulah menjadi budaya kerja :

  • Up down policy
  • Two way traffic
  • Talk and touch
  • Management by walking around
  • Second order
  • Empowerment
  • Team building
  • Rasa memiliki dan dimiliki

Mengikut pendekatan di atas, seseorang pengurus dan pemimpin tidak hanya menjadi pengarah dan pencari kesalahan sebaliknya menjadi model terbaik dan fasilitator yang mahir untuk mendorong pegawai-pegawai di bawah wilayah pengaruhnya menjadi pekerja-pekerja yang memiliki ciri-ciri keprihatinan, iltizam, keikhlasan dan keunggulan ke arah menjayakan visi bersama. Hasilnya keakraban dan keintiman hubungan di kalangan warga kerja menjadi realiti.

Everything we do is for the people
Everything we begin is with the people

                                                ( Matsushita )


( Dato’ Hj Abdul Rahim b Hj Abdul Majid, 1994 )

Sunday, June 24, 2012

Ungkapan akhir



Bagi sesetengah pihak, saya bukan seorang yang mudah untuk bekerja, malah tindakan-tindakan saya kadang-kadang dianggap terlalu tegas dan kasar. Namun niat saya sebenar-benarnya semata-mata untuk melakukan yang betul dan terbaik



Ini kerana setiap tindakan dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada prinsip antaranya integriti, kesegeraan, mengutamakan pelanggan, kolaborasi dan kerjasama, inovasi dan kreativiti, konsultasi dan penglibatan, meningkatkan kemahiran dan menimba ilmu.
 ( Tan Sri Sidek Hassan )


Sunday, April 15, 2012

Aku tahu……


Rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang
Tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya
Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa
Ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya

Wallahu'alam.
( Hasan al-Basri )

Saturday, April 14, 2012

Selagi ada Ia…..


Lagi tinggi visi lagi tinggi usaha diperlukan......apapun selagi ada  Ia..semuanya mudah sahaja.....wallahu’alam…

Kami ingin mengenggam dunia di tangan, akhirat di hati…ameen Ya Rabb

Indahnya bersabar ….wallahu’alam.

Sunday, April 8, 2012

Selunak bicaranya………


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung….terbaiklah di tapak asal…
sedang jajaran budimu melata di bumiNya…..kembali nanti bukannya debu menghampakan.....

…lunakkan bicaraku….meskipun melangit ufuknya dengan suri tauladan kami… nabi Muhamad s.a.w.......

....jazakillah khairan katira buatnya  yang memberi ...... ameen Ya Rabb....


( Marina bt Saidin, Kangar Apr 2012 )

Saturday, February 11, 2012

Seketika

 
Dari Uthman r.a.  berkata: Adalah baginda selesai dari mengebumikan mayat berdiri  padanya seketika. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : beristigfarlah kamu bagi saudaramu dan pintalah kepada Allah s.w.t. baginya ketetapan. Maka sesungguhnya sekarang disoal.

(Riwayat Baihaqi)

Wahai Tuhanku! Tetapkanlah si mati di atas kebenaran. Wahai Tuhanku! Ajarkanlah dia hujjahnya. Ameen Ya Raab.

Wednesday, November 2, 2011

Rancang untuk jaya….




Tuntutannya keseimbangan......dikala Islam kian dagang, berikan kami iman yang sempurna, keyakinan yang mantap dan ketakwaan....hanya Engkau Ya Tuhan kami yang Maha Perkasa....ameen.

Tuesday, November 1, 2011

Mengamati….





Indahnya bila bersabar.......

Immarakkan Zulhijjah




Ringankan kami untuk mentaatiMu dengan segala  amalan kebaikan......Jadikan harta kami untuk mendekatiMu ...bukannya matlamat yang membawa mudarat.....ameen.

Saturday, October 29, 2011

Friday, October 28, 2011

Dialah idola




Tetapkanlah  dialog doa ini buatku saban waktu........di kala menyakini nabi Muhammad saw itu benar….hujamkan  kecintaan maha kudus buatnya , idola umat akhir zaman…..Ya Allah muga diri ini seorang daripadanya….tanpa iri hati buat mereka yang terlebih dahulu beriman denganMu ya Allah….hiasi kami dengan semulia-mulia akhlaknya…....ameen.

Tuesday, October 25, 2011

Pandai?


Kita tentang makan, kita pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kita kurang pandai?


Ya Allah berikan pada kami manisnya kelazatan beribadat kepadaMu.....Ameen

Saturday, September 24, 2011

Asalnya tanah

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wallahua’alam.

Friday, September 23, 2011

mudah


Get set the destination.
Plan the steps. ……
Less talk…more action…...
Bismillahi Rahmani Rahim…….
Allahumma rabbi yassir wala tu'assir……..ameen

Thursday, September 22, 2011

Jujur


Berat timbangan seseorang di akhirat dengan mengikut kebenaran di atas muka bumi. Kebenaran itu yang sebenarnya amat berat. Sebab itulah ia berat dalam timbangan akhirat. Ringan timbangan seseorang di akhirat dengan mengikut kebatilan di atas muka bumi. Kebatilan itu ringan dan mudah, sebab itulah ia ringan di akhirat .

( Saidina Abu Bakar )

Wednesday, September 21, 2011

Bersegeralah

Kalian berada pada ajal yang semakin berkurang, hari-hari yang sangat terbatas, mati yang datang secara tiba-tiba. Sesiapa menabur kebaikan akan memetik kebahagiaan dan siapa menabur kejahatan akan memetik penyesalan.

Setiap penanam akan memperoleh  hasil tanamannya. Yang berlambat-lambat  tidak akan memperoleh bahagiannya secara cepat sedang yang berlari cepat tidak akan memperoleh apa yang memang tidak diperuntukkan baginya.

Barangsiapa memberikan kebaikan, Allah menjadi pemberi (kebaikan) kepadanya dan barangsiapa menjauhi kejahatan maka Allahlah yang akan menjauhkan dirinya dari kejahatan itu.

Monday, September 19, 2011

Allah

Allah bersamaku

Allah melihatku

Allah menyaksikanku

Ya Allah, aku bukan Rabiatul Adawiyah
 yang hatinya siang dan malam hanya berkiblatkanMu.
Apapunku yakin dan percaya
" LA TAKHAF WA LA TAHZAN, INNALLAHHA MA'ANA"

Sunday, September 18, 2011

fikir

Berfikirlah……dalam kategori baru…..demi menggapai “ Halawatul Iman “ ( kemanisan iman ).

Ya Allah mudah dan berkati kami untuk memiliki iman yang sempurna,keyakinan yang mantap, ketakwaan dan keafiatan....ameen.

Saturday, September 17, 2011

Orang Merdeka

“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”
(  Imam As Syafie )