Mara :
Wahai kuda Allah, maralah. Wahai kuda Allah, maralah
Semua orang :
Apakah engkau akan memberikan jumlah yang sama kepada tentera, wahai gabenor. Jika tidak, saya tidak perlukan wang yang khusus untuk saya mengerjakan haji
Diam :
Saya tidak mahu menjawab saya zuhud kerana itu bermakna saya memuji diri sendiri. Saya tidak mahu berkata saya miskin kerana itu bermakna saya menempelak Tuhan saya. Jadi saya tidak mahu menyebut kedua-duanya.
Permintaan :
Tidak ada apa-apa yang perlu saya minta daripada manusia. Cuma saya ada satu permintaan daripada seorang saudara seIslam. Jika Allah mengizinkan engkau menunaikannya engkau akan menunaikannya dan engkau akan dipuji. Jika Alllah tidak mengizinkan engkau menunaikannya, engkau tidak akan dapat menunaikannya dan engkau akan dimaafkan.
Pertanyaan :
Wahai gabenor, pada hari kiamat nanti Allah tidak akan bertanya hamba-hambaNya tentang qada’ dan qadar. Sebaliknya Allah akan bertanya tentang amalan mereka.
Kasih :
Wahai gabenor, jangan berkata begitu ( saya lihat engkau tidak suka menyentuh makanan kami ). Demi Allah, gabenor yang baik di kalangan kamu lebih saya kasihi daripada anak-anak dan saudara mara saya sendiri.
Menolak jawatan :
Jauhkan saya daripada tawaran itu, moga Allah memberi rahmat kepadamu. Terserahlah kerana engkau orang yang berkuasa ( bila dikatakan akan menyebatnya 300 kali dan memalukan di khalayak ramai ) . Namun terseksa di dunia lebih baik daripada terseksa di akhirat.
Raja dunia dan akhirat :
Saya nasihatkan engkau supaya menjadi raja di dunia dan di akhirat. Zuhudlah dengan kesenangan dunia nescaya engkau akan menjadi raja di sini tanpa perlu mengharap ehsan manusia. Engkau juga akan menjadi raja di sana apabila engkau memperolehi ganjaran daripada Allah. Moga Allah yang menyebabkan kamu mengasihi saya akan juga mengasihimu.
Ya Allah, saya memohon semoga Engkau jauhkan saya daripada dikasihi oleh manusia sedangkan Engkau memurkai saya.
Dosa :
Kamu semua memuji ketakwaan dan ibadat saya sedang jika dosa-dosa itu mengeluarkan bau yang busuk, sudah tentu kamu tidak akan mendekati saya kerana bau busuk saya itu.
Bacalah Al-Quran :
Al-Quran ibarat sebuah taman bagi seorang mukmin. Di mana sahaja beliau duduk, beliau akan dikelilingi oleh taman yang indah.
Kurangi makan :
Orang yang mengurangkan makan akan mudah faham dan mudah memahamkan. Dia juga akan berjiwa lembut dan murni. Makan banyak akan menyebabkan dia tidak banyak dapat melakukan apa yang dikehendaki.
Baguskah ? :
Jika keldai ini bagus sudah tentu saya tidak akan menjualnya.
Mengharap ehsan Allah :
Pagi ini saya merasa ajal saya semakin tiba, namun impian saya semakin jauh dan amalan saya tidak seberapa. Bagaimana rasanya seorang yang berjalan setiap hari menuju ke akhirat.
Di saat kematiannya :
Beritahu saya apakah yang akan mereka ini perolehi daripada saya esok ketika kepala dan kaki saya diheret? Apakah yang akan mereka perolehi daripada saya ketika saya dihumbankan ke dalam neraka?
Ya Allah, saya memohon keampunanMu daripada segala tempat tidak baik yang pernah saya berdiri, daripada segala tempat tidak baik yang pernah saya duduk, daripada segala tempat tidak baik yang pernah saya masuk, daripada segala tempat tidak baik yang pernah saya keluar, daripada segala amalan buruk yang pernah saya lakukan dan daripada segala kata-kata tidak baik yang pernah saya lafazkan.
Ya Allah saya mohon moga Engkau mengampuni segala kesalahan saya itu. Ampunilah saya ya Allah. Saya pasrah kepadaMu dan saya akan kembali menemuiMu. Saya datang menemuiMu dengan sejahtera sebelum saya dihukum.
No comments:
Post a Comment