Berpegang teguh :
Wahai baniku, waspadalah dengan perkara gelap dan tiada cahaya ini ( Musailimah al-Kazzab daripada bani Hanifah ). Sesiapa yang bersamanya dia akan ditimpa kecelakaan. Dan sesiapa yang menolakkan dia akan berhadapan dengan ujian kesabaran. Wahai bani Hanifah dua orang nabi tidak boleh wujud dalam satu masa. Sesungguhnya Muhammad saw merupakan pesuruh Allah dan tiada lagi nabi selepasnya. Tiada nabi yang berkongsi dengan baginda.
Ingatlah firmanNya :
Haa, Mim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui ; Yang Mengampunkan dosa dan Yang menerima taubat; Yang berat azabNya, Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali. ( Ghaafir : 1 – 3 )
Dimanakah tandingan firman Allah ini berbanding kata-kata Musailimah :
Wahai sang katak, menguaklah kamu selagi kamu upaya. Tiadapun minuman yang dapat kamu halang atau air yang dapat kamu kotorkan.
No comments:
Post a Comment