Menangis :
Wahai anakanda, terlalu banyak perkara yang ayahanda tangiskan.
Pertamanya, ayahanda berlengah memeluk Islam. Beberapa kali ayahanda dipintas orang lain dalam pelbagai peristiwa yang baik. Jika ayahanda gunakan emas sepenuh bumi untuk mendapatkan kembali kebaikan tersebut pasti ayahanda tidak akan perolehinya.
Kedua sesungguhnya Allah telah menyelamatkan ayahanda ketika peprangan Badar dan Uhud hinggakan sejak hari itu ayahanda berkata pada diri ayahanda sendiri : saya tidak lagi akan membantu quraisy menentang Rasulullah saw dan saya tidak akan keluar dari Kota Mekah. Namun ayahanda tetap terheret membantu Quraisy.
Ketiga setiap kali ayahanda ingin menganuti Islam ayahanda lihat pemuka-pemuka Quraisy yang berumur dan berkuasa, mereka tetap berpegang teguh dengan amalan dan kepercayaan jahiliah lalu ayahanda mengikuti dan menjejaki mereka..
Aaahh...bukankah baik kalau ayahanda tidak bersikap demikian....
Yang memusnahkan kita hanyalah kerana menuruti amalan tradisi dan pembesar kita....... maka kenapa saya tidak menangisinya?.
No comments:
Post a Comment