Doa dua sahabat :
Apabila hampir tercetus pertempuran dalam peperangan Uhud, Sa’ad bin Abi Waqqash yang bertemu dengan Abdullah bin Jahsy bertanya : Tidakkah kamu ingin berdoa kepada Allah?.
“Bahkan. “ jawab Abdullah.
Lalu mereka pun ke suatu sudut sunyi dan berdoa.
Doa Saad : Wahai Tuhan, apabila saya bertemu musuh temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Kami saling menyerang dan bertempur. Kemudian kurniakanlah kepada saya kemenangan mengalahkannya sehingga saya berjaya membunuhnya dan mengambil kelengkapannya.
Lalu Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa saya.
Kemudian beliau berdoa : Wahai Tuhan, temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Saya memeranginya demiMu dan dia juga memerangi saya. Kemudian dia berjaya menewaskan saya dan memotong hidung dan telinga saya. Apabila saya menemuiMu esok, Engkau akan bertanya : ”Mengapa hidung dan telingamu dipotong?. Lalu saya akan menjawab : ”KeranaMu dan kerana RasulMu. ” Engkau akan menjawab : Kamu benar.
Kata Saad bin Abi Waqqash : Sesungguhnya doa Abdullah bin Jahsy lebih baik daripada doa saya. Saya nampak beliau sewaktu lewat petang . Ketika itu beliau telah terbunuh dan mayatnya dikelar. Hidung dan telinganya tergantung dengan tali di sebatang pokok.
Rasulullah saw mengkebumikannya bersama bapa saudara baginda; Hamzah bin Abdul Muttholib dalam satu kubur. Air mata baginda bercucuran membasahi kubur mereka yang berlumuran dengan wangian syahadah.
No comments:
Post a Comment