Friday, October 7, 2011

Abu Hanifah Al-Nu’man : Kepintarannya

Emas :

Itulah al-Numan bin Thabit. Orang ini jika dia berkata tiang itu emas, dia akan mengeluarkan segala hujah yang akan menyokong apa yang dikatakan itu dan akhirnya tiang ini akan menjadi seperti apa yang dikatakan itu, jelas Imam Malik.


Yahudi :

Seorang penduduk Kufah yang berkedudukan telah mendakwa Uthman bin Affan berketurunan Yahudi malah baginya Uthman bin Affan masih beragama itu walaupun selepas zaman Islam..

Saya datang ini ingin meminang anak perempuanmu bagi  pihak seorang sahabat saya, kata Abu Hanifah.

Persilakan, pinangan orang sepertimu sudah tentu tidak boleh ditolak wahai Abu Hanifah. Tetapi siapakah orang yang meminang itu, lelaki tersebut ingin tahu.

Sambil tersenyum, Abu Hanifah menjawab : Seorang yang terkenal. Beliau mempunyai kedudukan dan kekayaan di kalangan kaumnya. Sangat pemurah dan dermawan. Beliau menghafal kitab Allah Azza wa Jalla, bersembahyang sepanjang malam hanya dengan satu rakaat dan sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Lelaki itu menjawab : Hebat, hebat...cukuplah wahai Abu Hanifah. Apa yang engkau cakapkan itu sudah cukup meletakkanya setaraf dengan anak perempuan Amirul Mukminin.

Abu Hanifah mencelah : Cuma ada satu sifatnya yang perlu anda ketahui. Orang ini beragama Yahudi.

Merah padam muka lelaki tersebut : Yahudi?. Apakah engkau mahu saya kahwinkan anak saya dengan seorang Yahudi wahai Abu Hanifah. Demi Allah, saya tidak akan kahwinkan anak saya dengannya walaupun segala sifat mulia ada padanya.

Dengan tenang Abu Hanifah menjawab : Engkau tidak mahu kahwinkan anak perempuanmu dengan Yahudi dan engkau tolak sekeras-kerasnya. Namun engkau canangkan ke seluruh manusia bahawa Rasulullah saw kahwinkan dua orang anak perempuannya dengan seorang Yahudi!!.

Tergaman orang itu mendengar kata-kata itu lalu berkata : Saya memohon ampun kerana kesalahan saya itu. Saya bertaubat kerana fitnah yang saya timbulkan itu.


Kapal :

Suatu ketika, Abu Hanifah bertemu dengan sekumpulan mulhid yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang mencipta alam ini.

Apakah pendapat kamu tentang sebuah kapal yang sarat dengan barangan dan muatan. Kapal ini dilambung gelombang laut yang bergelora dan dipukul angin ribut. Walau bagaimanapun, kapal ini dengan tenang meneruskan pelayaran menuju haluannya tanpa sebarang masalah dan tidak tersasar sedikitpun sedangkan tiada seorang pelayar pun yang mengemudinya atau seorang jurumudi yang menentukan arahnya. Apakah ini logik menurut fikiran engkau?.

Orang-orang mulhid itu dengan pantas menjawab : Tidak, ia sudah tentu tidak dapat diterima oleh akal, wahai sheikh.

Maha suci Allah! Kamu tidak menerima sebuah kapal berlayar dengan baik jika tidak dikemudi oleh seorang jurumudi tetapi kamu menerima jika alam ini dengan lautannya meluas,kapalnya yang belayar, burung berterbangan dan haiwan yang bebas boleh wujud tanpa sebarang pembuat yang membuatnya dengan baik atau oleh seorang pentadbir yang mentadbir dengan baik. Binasalah kamu kerana pendustaan kamu, bidas Abu Hanifah.


Pemergiaannya :

Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Hanifah. Semoga Allah mengampuni engkau sebagai ganjaran kepada apa yang telah engkau lakukan. Sepanjang 30 tahun engkau tidak pernah berhenti berpuasa. Selama 40 tahun setiap malam engkau tidak pernah melelapkan mata. Engkau telah memberikan tanggungjawab yang berat kepada ulama selepasmu.

( al-Hassan bin Ammarah )

No comments:

Post a Comment