Saturday, October 8, 2011

Ato’ bin Abu Rabah

Bercakap kosong :

Bagi mereka semua percakapan yang bukan untuk membaca dan memahami kitab Allah  adalah cakap kosong.  Atau untuk meriwayat atau memahami hadis Rasulullah saw Atau untuk mencegah yang mungkar dan menyuruh yang makruf. Atau untuk memahami ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah Taala. Atau  engkau bercakap tentang keperluan hidup yang perlu.

Apakah kamu lupa :

Padahal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk)  yang mulia ( disisi Allah ), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) : ( Al-Infitaar : 10-11 )

Setiap orang ada dua malaikat yang mengawasinya. Satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di  sebelah kiri. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya ( atau perbuatan yang dilakukannya ) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (Menerima dan menulisnya) ( Qaaf : 17-18 ).

Tidakkah kita merasa malu nanti apabila menerima lembaran yang mencatat amalan kita di siang hari tetapi kita dapati kebanyakkan kandungannya tiada kaitan langsung dengan agama atau dunia.

Lima kesalahan sewaktu bercukur :

Berapa bayaran untuk mecukur kepala saya ?

Jawab tukar cukur : Moga Allah memberi hidayah kepadamu. Dalam ibadah tidak boleh tawar menawar. Sila duduk dan berikan ikut kemampuanmu.

Saya merasa malu dan terus duduk. Cuma saya duduk membelakangkan kiblat. Lalu tukang cukur itu mengarahkan saya mengadap ke kiblat. Saya menuruti katanya. Saya rasa bertambah malu.

Saya hulurkan sebelah kiri kepala saya. Lantas dia berkata : Pusingkan kepalamu.

Dia pun mencukur kepala saya. Saya hanya mendiamkan diri melihat dengan penuh kehairan. Lalu dia berkata : Kenapa saya lihat engkau diam sahaja.

Bertakbirlah....

Saya pun bertakbir hinggalah selesai dan saya bangun untuk pergi.

Hendak pergi kemana ? tanya beliau.

Saya ingin balik ke khemah saya.

Beliau berkata : Sembahyanglah dua rakaat, kemudian pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu.

Saya pun bersembahyang dua rakaat tetapi hati saya bertanya : tidak mungkin semua ini lahir  daripada seorang tukang cukur kecuali sememangnya dia seorang yang berilmu.
Demi Allah saya melihat Ato’ bin Abu Rabah melakukannya. Saya belajar daripadanya dan saya ajarkanya kepada orang lain.

Upah :

Tidak....

Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku) balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam ( Al-Shua’ara : 109 )

Demi Allah, beliau masuk dan keluar daripada majlis khalifah tanpa minum walaupun setitik air.

No comments:

Post a Comment