Saturday, October 8, 2011

Muhammad bin Sirin

Sumpah :

Ya saya bersumpah kerana saya tidak akan membenarkan dia makan sesuatu yang haram. Sedangkan saya tahu perkara itu haram.


Cerca  orang :

Wahai anakku, al-Hajjaj telahpun menemui Tuhannya. Apabila engkau bertemu dengan Allah Taala nanti, engkau akan rasakan bahawa dosa paling kecil yang telah engkau lakukan di dunia ini sudah cukup berat untuk jiwamu menanggungnya daripada dosa yang paling besar pernah dibuat oleh al-Hajjaj. Ketika itu, kamu berdua akan sibok dengan diri masing-masing.

Sedarlah wahai anakku, Allah akan menghukum setiap kezaliman yang dilakukan oleh al-Hajjaj dan Allah juga akan menghukum setiap orang yang menzalimi al-Hajjaj. Oleh itu selepas ini janganlah engkau sibok untuk mencerca orang lain.

Musafir mencari rezeki :

Wahai anakku, takutilah Allah Azza wa Jalla. Carilah rezeki yang ditetapkan untuk kamu dengan cara yang halal. Ketahuilah jika engkau mencari dengan  cara yang tidak halal sekalipun, engkau tidak akan menerima lebih daripada apa yang telah ditetapkan untukmu.


Menolak pemberian :

Dia memberikan kepada saya kerana sangkaannya yang baik terhadap saya. Jika saya benar-benar orang yang baik sebagaimana yang disangkanya, bermakna saya tidak sepatutnya mengambilnya. Jika saya tidak sebagaimana yang disangkaknnya adalah lebih baik untuk saya tidak menerimanya.

No comments:

Post a Comment