Friday, October 14, 2011

Towuus bin Kaisaan

Kolam di neraka :

Apabila  saya rasa Amirul Mukminin telah memperolehi apa yang diingini dan tiada lagi soalan yang ingin dikemukakannya, hati saya berbisik : Wahai Towuus, majlis ini akan dipersoalkan oleh Allah nanti.

Teringat perkara itu saya pun menoleh ke arah Amirul Mukminin berkata : Wahai Amirul Mukminin, ada seketul batu di atas sebuah kolah di tengah neraka Jahannam. Batu itu berada di udara selama 70 tahun untuk sampai ke dasar Jahanam. Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau tahu untuk siapakah kolam di neraka ini disediakan?.

Allah sediakan kolam ini untuk orang yang berkongsi kuasa denganNya kemudian dia berlaku zalim.


Nasihat buat Umar bin Abdul Aziz :

Jika engkau mahu semua amalan engkau baik, hendaklah engkau melantik orang yang baik. Sekian wassalam.


KeranaNya :

Saya menanggalkan sepatu sebelum masuk kerana saya selalunya menanggalkan sepatu saya ketika berada di hadapan Allah lima kali dalam sehari. Allah tidak pernah mengecam saya dan tidak pernah pula memarahi saya.

Saya tidak memanggil engkau dengan gelaran Amirul Mukminin kerana semua orang mukmin tidak bersetuju engkau menjadi ketua mereka. Jadi saya tidak mahu berbohong apabila saya memanggil engkau Amirul Mukminin.

Saya tidak menyebut nama engkau bukan dengan nama panggilan adalah kerana Allah sendiri memanggil nabi-nabiNya dengan nama mereka. Allah menyebut : whai Daud, wahai Yahya, wahai Isa. Sebaliknya Allah memanggil musuh-musuhNya dengan panggilan, apabila Allah berfirman :

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama!.

Mengenai apa yang engkau katakan  saya duduuk sebelum meminta izin saya pernah mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib berkata : Jika engkau ingin melihat ahli neraka, lihatlah kepada orang yang d=sedang duduk dan semua orang di sekelilingnya berdiri. Jadi saya tidak mahu engkau menjadi lelaki itu yang merupakan ahli neraka..

Saya pernah mendengar Ali bin Abu Talib ra berkata : Di dalam neraka Jahanam ada ular-ular yang sebesar tiang dan kala jengking sebesar baghal yang akan menyengat setiap pemerintah yang tidak bersikap adil dengan rakyatnya.


Pergi kepada :

Wahai Ato’ janganlah engkau pergi kepada orang yang menutup pintunya dan orang yang menyuruh pengawalnya menghalang engkau. Pergilah kepada orang yang membuka pintunya untuk engkau. Orang yang meminta engkau mendoakan mereka dan berjanji untuk menerima kata-katamu.


Nasihat buat anaknya :

Anakku sertailah mereka yang berakal walaupun engkau bukan di kalangan mereka. Janganlah engkau sertai orang yang jahil kerana jika engkau sertai mereka engkau akan dikatakan jahil walaupun engkau bukan jahil.

Sedarlah setiap perkara ada kemuncaknya. Kemuncak seorang manusia pula ialah kesempurnaan agama dan akhlaknya.


Takutkan Allah :

Takutilah Allah Taala sehingga tidak ada yang paling engkau takuti daripada itu. Namun letakkan harapan kepadaNya lebih daripada ketakutan engkau kepadaNya. Kasihilah manusia seperti mana engkau kasihi diri engkau sendiri.


Selepas saya :

Terserahlah kepada engkau tetapi saya takut ulama-ulama selepas saya akan berkata : Kami ambil kerana Towuus juga mengambilnya. Malangnya selepas itu barang yang mereka ambil itu tidak mereka lakukan seperti apa yang engkau katakan tadi ( jual dan hasilnya disedekahkan kepada fakir miskin ).


Hubungan :

Apakah hubungannya dengan tuan lebih mulia berbanding hubungan saya dengan Allah Azza Wa Jalla? Sedangkan saya adalah tetamuNya di rumahNya, mempercayai nabiNya dan menunaikan hutangNya.


Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dan dengan zatMu aku berlindung. Ya Allah jadikanlah  aku sentiasa yakin dengan kebaikanMu, redha dengan janjiMu, bebas daripada orang-orang yang bakhil dan tidak mengharapkan balasan orang yang mementingkan  diri sendiri. Ya Allah aku memohon bantuanMu yang hampir, kebaikanMu yang sedia ada dan kebiasaanMu yang baik. Wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah jika pun Engkau tidak menerima hajiku dan segala penat jerihku ini janganlah Engkau haramkan ganjaran untukku kerana musibah yang ku terima akibat keenggananMu untuk menerima amalanku ini.

Ya Allah terimalah doaku dan doanya. Perkenankanlah pemintaanku dan permintaannya. Tetapkanlah kakiku dan kakinya di hari ketika semua kaki bergegar. Kumpulkanlah aku bersamanya di kolam Kauthar. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.Ameen.

No comments:

Post a Comment