Taat :
Wahai Gabenor, saya ini rakyat biasa. Saya datang ke negeri ini untuk berada di barisan hadapan tentera Islam. Saya telah mewakafkan diri saya ini untuk mencari keredhaan Allah. Saya hunuskan pedang saya ini untuk menegakkan kalimah Allah d muka bumi. Dengan izin Allah, engkau akan dapati saya akan sentiasa bersamamu selagi engkau berada di atas kebenaran. Saya adalah orang yang paling mentaatimu selagi engkau mentaati Allah dan rasulNya kecuali dalam soal yang membabitkan kuasa dan kedudukan.
Apabila mereka mula.......:
Suatu hari, Abdul Rahman al-Ghafiqi menjemput seorang tokoh ahli zimmi juga merupakan penduduk asal Perancis. Beliau bertanya kepadanya : Mengapa raja kamu, Charles Martel tidak cuba menyerang kami atau tidak cuba membantu pemerintah-pemerintah wilayah untuk menyerang kami?
Jawab zimmi itu : Wahai gabenor, oleh kerana engkau telah tunaikan segala janjimu kepada kami kini menjadi tanggungjawab saya pula untuk memberikan jawapan yang jujur kepada soalan engkau itu. Pemimpin kamu, Musa bin Nusair telah mengukuhkan cengkamannya di Sepanyol, kemudia dia mula mengalihkan tumpuan untuk menakluki Pergunungan Pyrennes yang memisahkan antara Andalus dan negeri kami yang indah.
Apabila mengetahui hasrat tersebut, pemerintah wilayah dan paderi mengadu kepada raja kami : Tuanku telah sekian lama kami dan anak-anak cucu kami menanggung kesedihan. Semenjak sekian lama kami dengar mengenai umat Islam. Kami bimbang mereka akan menyerang kami dari arah timur tetapi kini mereka mara ke arah kami dari arah barat. Mereka telah menakluk seluruh Sepanyol dan memiliki seluruh kelengkapan yang ada di sana. Selepas itu mereka berjaya pula menakluk gunung yang memisahkan kami dengan mereka. Sedangkan bilangan mereka kecil dan senjata mereka sedikit. Kebanyakkan mereka tidak mempunyai perisai untuk mempertahankan diri daripada hayunan pedang. Mereka juga tidak mempunyai kuda untuk digunakan di medan perang.
Saya melihat mereka ini adalah manusia yang mempubyai pegangan dan keihlasan. Dengan dua perkara ini mereka tidak memerlukan jumlah yang ramai atau senjata yang cukup. Mereka mempunyai keyakinan dan kejujuran yang sudah cukup untuk menggantikan perisai dan kuda.
Kita akan tunggu hingga mereka mula mengaut kekayaan . Apabila mereka mula memiliki rumah dan istana. Apabila mereka mula berlumba untuk berebut kuasa. Ketika itu kita akan berjaya kalahkan mereka dengan cara yang sangat mudah tanpa perlu bersusah payah.
Abdul Rahman al-Ghafiqi tertunduk hiba mendengar kata-kata itu. Dia mengeluh panjang lalu bangun : Marilah kita sembahyang kerana waktu sudah hampir tiba.
Serangan Eropah selepas Andalus :
Gelombang manusia yang tidak terhingga. Arab, Qibti dan Tartar semuanya bernaung di bawah satu panji. Mereka disatukan oleh iman yang membara dan semangat yang menulang tingi. Semangat mereka ibarat api yang marak menyala. Katan persaudaraan yang hebat ini tidak membezakan darjat antara manusia.
Selain para tentera, panglima-panglima mereka juga begitu yakin mereka bakal mencapai kemenangan, mereka semakin mabuk dengan kemenangan. Mereka yakin mereka memiliki kekuatan ampuh yang tidak mampu digugat oleh sesiapa. Mereka yakin tentera mereka tidak mungkin mampu digugat oleh sebarang rintangan.
Angkatan tentera mereka bersemangat tinggi semenjak awal lagi. Mereka yakin setiap kali mereka mara mereka akan menuju kemenangan.
Tentera ini akan sentiasa mara ke hadapan sehinggalah seluruh rantau barat dikalahkan seperti mana rantau timur. Mereka akan membawa seluruh manusia tunduk hormat kepada Muhammad.. Hingga suatu masa nanti akan hadir satu rombongan haji dari puncak dunia ( Kutub Utara ) yang membeku, memijak pepasir yang membara di bumi Sahara Arab dengan dada yang berisi keimanan. Berdiri di puncak gunung Mekah yang berdiri megah.
Peperangan Balat al-Shuhada :
Peperangan ini membawa berulang kembali tragedi Uhud. Inilah sunnah Allah di alam semesta ini dan ianya tidak dapat diubah. Lukanya amat pedih, terasa hingga kini. Ianya tidak akan sembuh selama-lamanya. Kendatipun begitu Henry De Shamboone, pengarah majalah Rivi Barlmintier berbahasa Perancis menyatakan ia suatu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Eropah. Ia bencana yang malap suatu tamadun. Katanya :
Jika Charles Martel tidak mencapai kemenangan ke atas umat Islam sudah tentu negara kita tidak terjerumus ke dalam zaman kegelapan di kurun pertengahan. Jika Charles tidak menang, sudah tentu kita tidak akan merasai kedahsyatan zaman itu. Sudah tentu tidak akan berlaku peperangan saudara yang disebabkan oleh fanatik agama kemazhaban.
Benar, jika tidak kerana kemenangan barbarian ke atas umat Islam di Poitiers itu, sudah tentu Sepanyol masih menikmati keadilan Islam. Sudah tentu Sepanyol akan selamat daripada Mahkamah Taftish. Sudah tentu perjalanan tamadun manusia tidak akan terbantut selama lapan kurun.
Walau apa sekalipun perasaan kita terhadap kemenangan ini, kita sebenarnya masih terhutang budi kepada umat Islam yang tela banyak berjasa kepada tamadun ilmu, teknologi dan industri kita. Kita perlu mengakui bahawa mereka adalah contoh manusia yang sangat unggul. Dalam masa yang sama kita adalah contoh manusia narbarian.
Apa yang kita dakwa hari ini bahawa zaman telah kembali berulang adalah suatu pembohongan. Termasuklah juga dakwaan kita bahawa umat Islam di zaman ini sama seperti keadaan kita di zaman pertengahan.
No comments:
Post a Comment