Di rumah Allah :
Demi Allah, saya malu ketika saya berada di rumah Allah Azza wa Jalla ( di hadapan Kaabah ) ini saya meminta sesuatu daripada yang lain bukan daripadaNya.
Keperluan dunia :
Saya tidak meminta keperluan dunia daripada Tuhan yang memilikinya. Jadi apakah saya akan meminta daripada manusia yang tidak memilikinya?.
Sihat dan selera :
Wahai Abu Umar, engkau memiliki tubuh yang yang sihat. Apakah makanan utamamu?
Roti dan minyak. Adakalanya apabila dapat daging, saya akan makan daging.
Roti dan minyak?. Selereakah?
Jika saya tidak berselera, saya akan simpan hingga terasa lapar dan saya akan berselera.
Sembahyang Subuh :
Lelaki ini mengaku beragama Islam dan dan dia berkata dia sembahyang Subuh hari ini. Saya pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : Sesiapa sembahyang Subuh, dia berada dalam pelihataan Allah.
Surat kepada Umar bin Abdul Aziz :
Suratmu yang menyebut bahawa Allah telah mengujimu apabila Dia melantikmu sebagai pemerintah umat Islam tanpa engkau minta dan tanpa melalui mesyuarat telah saya terima. Engkau juga menyebut bahawa engkau mahu menurut jejak langkah Umar ( Khalifah Umar bin al-Khattab )
Namun jangan engkau lupa yang engkau bukan berada di zaman Umar. Pegawai-pegawainya juga tidak setanding dengan pegawai-pegawai Umar.Walau bagaimanapun, ketahuilah jika engkau inginkan kebenaran, sudah tentu Allah akan membantumu melaksanakannya.
Allah juga akan memberikan pegawai-pegawai yang akan membantumu melaksanakannya. Allah akan memberikannya tanpa engkau sedari. Sebenarnya bantuan Allah akan diberikan kepada seseorang bergantung kepada niatnya. Jika niatnya tidak benar-benar sempurna, Allah akan membantu sekadarnya.
Jika jiwamu mendorongmu untuk melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah, ingatlah tentang orang yang berkuasa sebelummu yang kini telahpun meninggalkan dunia ini. Bawalah dirimu merenung bagaimana mata mereka yang selama ini melihat keseronokan kini telahpun tersembul. Bagaimana perut mereka yang tidak pernah kenyang kini telahpun pecah.
Bagaimana agaknya jika mereka yang kini hanya berupa bangkai dibiarkan di sebelah rumah kita tanpa ditutup? Sudah tentu kita akan heboh mengadu tentang bau busuknya.
Segala salam, rahmat dan keberkatan Allah untukmu.
No comments:
Post a Comment