Monday, October 10, 2011

Said al-Musayyab

Taat :

Manusia akan memuliakan dirinya hanya apabila dia mentaati Allah. Dan manusia akan menghina dirinya sendiri apabila dia menderhakai Allah..


Teman :

Saya bukan teman berbual. Baginda mahu seorang teman untuk berbual dengan dengannya. Orang yang hendakkan sesuatu, orang itulah yang datang mencarinya. Ruang di masjid cukup luas untuk dia. Teman perlu dicari bukannya dia yang mencari.


Cubaan Dunia :

Said bin alMusayyab adalah seorang yang menjadikan dunia sebagai jambatan akhirat. Belau menjauhi segala yang fana ini untuk memperolehi alam yang kekal buat dirinya dan keluarganya. Demi Allah beliau enggan mengahwinkan anaknya dengan anak Amirul Mukminin bukan kerana beliau merasakan anak Amirul Mukminin tidak setaraf dengan anaknya tetapi beliau takut anaknya akan terpedaya dengan cubaan dunia.

Benar.  Beliau sentiasa berpuasa di siang hari dan bersembahyang di malam hari. Beliau sudah menunaikan haji sebanyak 40 kali dan tidak pernah terlepas takbiratul ihram di masjid Rasulullah saw semenjak 40 tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu dia tidak pernah melihat tapak kaki orang lain ketika bersembahyang kerana dia sentiasa berada di saf yang pertama.

No comments:

Post a Comment