Wednesday, October 12, 2011

Shuraih Al-Qadi

Sayangi anak :

Anakku, demi Allah engkau lebih ayah sayangi daripada mereka. Namun Allah lebih utama daripadamu. Ayah takut jikaayah beritahu bahawa mereka dipihak yang benar engkau akan mengajak mereka berunding. Akibatnya mereka akan kehilangan sebahagian hak mereka. Oleh kerana itu ayah katakan demikian kepadamu.


Pesan kepada saksi :

Dengarlah apa yang akan saya katakan ini. Moga-moga kamu beroleh petunjuk daripada Allah. Kamu adalah orang-orang yang akan bertanggongjawab menentukan hukuman kepada lelaki ini. Saya mahu menjauhkan diri saya daripada api neraka melalui keterangan kamu nanti. Namun kamu sudah tentu lebih bertanggungjawab untuk menjauhkan diri kamu daripada api neraka. Sekarang kamu masih mampu untuk tidak memberikan keterangan ini dan kamu boleh pergi.


Pesanan kepada bakal menangi kes :

Sedarlah, saya akan memberikan keputusan yang memihak kepada engkau melalui keterangan mereka. Walaupun saya melihat engkau yang bersalah. Cuma saya tidak akan jatuhkan hukuman berdasarkan rasa hati tetapi saya akan jatuhkan hukuman berdasarkan keterangan saksi. Walau bagaimanapun keputusan saya tidak akan menghalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.


Dasar pegangan pengadilan :

Esok orang yang zalim akan mengetahui siapakah yang akan rugi. Orang yang zalim sebenarnya menunggu azab dan orang yang dizalimi menunggu-nunggu keadilan. Saya bersumpah dengan nama Allah, bahawa orang yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah tidak akan merasai kehilangannya.


Aduan :

Saudara, janganlah  engkau mengadu masalahmu kepada yang lain daripada Allah. Orang yang menjadi tempat engkau mengadu itu mungkin sahabatmu dan mungkin musuhmu. Jika dia seorang sahabat, masalahmu itu hanya akan menyusahkan hatinya. Jika dia seorang musuh, masalahmu tadi akan membuka peluang untuknya.

Cuba lihat mata saya ini ( jarinya ditunjukkan ke arah salah satu matanya ) , demi Allah semenjak 15 tahun yang lalu saya tidak pernah melihat orang atau jalan menggunakan mata ini. Sehingga saat ini, saya tidak pernah beritahu kepada sesiapa pun kecuali engkau. Bukankah engkau pernah mendengar hamba Allah yang soleh berkata :

Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah ( Yusuf : 86 )

Jadikalah Allah sebagai tempat engkau mengadu dan tempat meluahkan segala kesusahanmu setiap kali engkau menerima sesuatu musibah. Allah Maha Pemurah dan paling dekat dengan orang yang meminta.


Meminta :

Wahai saudara, orang yang meminta-minta sesuatu daripada orang lain sebenarnya telah mendedahkan dirinya kepada penghambaan. Jika orang itu membantunya, dia sebenarnya telah meletakkan dirinya sebagai hambanya.Jika orang itu menolaknya, kedua-duanya akan pergi dalam keadaan hina. Seorang hina kerana kebakhilannya dan seorang lagi hina kerana tidak mendapat apa yang dimintanya.

Jika engkau mahu meminta, mintalah daripada Allah dan jika engkau mahu meminta bantuan, mintalah bantuan daripada Allah. Sedarlah bahawa segala kuasa, kekuatan dan bantuan hanya daripada Allah semata-mata.


Raja yang sama :

Tempat yang engkau tinggalkan ini tidak akan menyebabkan engkau lebih dekat dengan mati dan tidak akan mengurangkan usiamu. Tempat yang engkau tuju itu pula tetap berada dalam genggaman. Tuhan yang mampu menunaikan segala permintaan dan mengetahui sesiapa sahaja yang melarikan diri.

Kita berada di atas permaidani milik raja yang sama. Bagi Tuhan yang berkuasa, Najaf ( nama tempat ) itu terlalu dekat.


Anakku leka bermain :

Adakah engkau telah sembahyang ?

Tidak.

Lalu beliau mengambil sehelai kertas dan sebatang pen, menulis sepucuk surat kepada guru anaknya :

Dia tinggalkan sembahyang kerana mahu bermain dengan anjing.
Dia bermain dengan anjing bersama-sama anak-anak nakal.
Dia akan datang esok bersama sepucuk surat.
Kandungannya sama seperti surat muslihat.
Jika dia datang rawatlah dengan teguran
Ataupun dengan nasihat yang bijaksana
Jika engkau mahu memukulnya, gunalah rotan
Cukuplah sebanyak tiga kali
Ketahuilah walaupun dia menyedihkanku
Dia tetap kesayanganku.

No comments:

Post a Comment