JanjiNya benar :
Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menerimanya kamu akan sentiasa memperolehi kebaikan. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikanlah haji dan umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Janganlah kamu memperdayakan mereka.
Janganlah kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun, dia tetap akan menuju kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat dengan Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan.
Doakan kerahmatan :
Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini (Abu Ubaidah bin al-Jarrah ). Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.
( Mu’az bin Jabal )
Ya Allah, rahmati, ampuni dan berlaku ehsanlah kepada kami......ameen.
No comments:
Post a Comment