Sifat mulia :
Segala sifat mulia dan bijaksana ini semuanya daripada kata-kata yang saya dengar daripada Umar bin al-Khattab. Beliau pernah berkata : Orang yang bergurau akan dipandang rendah, Orang yang banyak mengetahui sesuatu akan lebih dikenali. Orang yang banyak bercakap akan banyak melakukan kesalahan. Orang yang banyak kesalahan akan kurang sifat malunya. Orang yang kurang sifat malunya akan kurang sifat waraknya. Orang yang kurang sifat waraknya akan mati hatinya.
Sifat Ketua :
Orang yang ada empat sifat ini sepatutnya memimpin kaumnya, iaitu orang mempunyai agama yang akan mempertahankannya, kedudukan yang akan memeliharanya, fikiran yang akan membimbingnya dan rasa malu yang akan mengawalnya.
Katakan :
Anakku jika masih ada lagi yang belum engkau katakan, katakanlah sekarang kerana jika kaum saya mendengar apa yang engkau katakan itu, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamu.
Dosa :
Rasakan wahai Ahnaf, kenapa engkau lakukan perkara itu pada hari itu. Celakalah engkau wahai Ahnaf. Jika engkau tidak mampu menahan api pelita ini dan tidak dapat menahan kepanasannya, bagaimana mungkin engkau akan dapat menahan kepanasan api neraka dan mampu menahan seksaannya.
Ya Allah, jika Engkau ampuni aku, itu sememangnya hakMu dan jika Engkau mengazab aku, aku sememangnya layak menerimanya.
No comments:
Post a Comment