Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Hiasan Allah



Allah SWT menghiasi 10 perkara dengan 10 perkara :

1. Allah menghiasi langit dengan bulan, bintang dan matahari
2. Allah menghiasi malaikat dengan Jibril
3. Allah menghiasi syurga dengan anak bidadari serta mahligai
4. Allah menghiasi para nabi dengan nabi Muhammad saw
5. Allah menghiasi hari dengan hari Jumaat
6. Allah menghiasi malam dengan Lailatulqadar
7. Allah menghiasi bulan dengan bulan Ramadhan
8. Allah menghiasi masjid dengan Baitullah
9. Allah menghiasi kitab dengan Al-Quran
10. Allah menghiasi al-Quran dengan Bismillahirrahmanirrahim

Wallahu a’lam.

Friday, August 23, 2013

Hero tetap hadir



Tanggal 20 Mei 2012, era teknologi bermaklumat membuktikan ia bukan satu legenda. Insan  ini mengoncang kepiluan hati. Tak kurang daripada layaran filem Hollywood atau Bollywood. Hero mengorbankan diri.

Layangan kepingan objek menimpanya secara tiba-tiba itu ditangani sebagai sence of urgency secara professional  Pemandu bas Syarikat Chang Chin itu berusaha mengawal pemanduan dan berjaya. Tatkala ia menahan kesakitan, 24 orang penumpangnya diingatkan usah berjalan ke sana ke mari sementara menunggu bantuan tiba. Padanya keselamatan penumpang fokus utama.

Namun setelah 3 hari 3 malam bertarung nyawa,ternyata detik 76 saatnya mengawal kenderaan adalah kesakitan yang sukar ditanggung insan biasa. Mendiang Wu Bin membuktikan orang asing mampu membolehkan orang lain berdiri, bercakap dan meneruskan impian masing-masing. Sesungguhnya zaman hero tetap hadir!

Wallahu a’lam.

Chinese Dream
NTV7, 23 Ogos 2013

Friday, February 8, 2013

Redha


Ciri redha seorang hamba

1. Berserah diri
2. Meninggalkan kehendak diri
3. Tidak banyak membantah
4. Tidak banyak berandai-andai
5. Tahan terhadap ujian penderitaan
6. Banyak bersyukur

Wahai dzat yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati kami dalam agamaMu..Lapangkanlah dada-dada kami...berlalulah sesuatu sesuai dengan takdir yang telah Engkau tetapkan..mudah-mudahan ianya suatu kebaikan buat dunia dan akhirat kami......Aameen Ya Rabb.

Saturday, November 3, 2012

Telur


Kesulitan itu umpama telur. Di sangkakan  orang, menjadi penjara bagi yang ada di dalamnya. Padahal telur itu yang menjaganya, memimpin dan menolongnya supaya menjadi sempurna. Tidak ada jalan selain dari sabar menunggu waktu dan rasa senang dengan tujuan tercapai.Bila tiba waktunya telur itu pecah, keluarlah makhluk yang baru (ayam).

Orang beriman itu di dunia sebagai anak ayam di dalam telur. Hidup, bekerja dan tumbuh di dalamnya. Dan setelah sempurna, keluar dari situ dan masuk ke dalam alam yang sempurna pula.

Wallahu a’alam.

( Imam Rafi’i)

Thursday, October 11, 2012

Bejana waktu


Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah himpunan beberapa hari, apabila berlalu pergi sebahagian hari maka sebahagian dari diri kamu juga berlalu pergi!

Tiadalah suatu hari yang memancarkan sinar fajarnya melainkan diseru : Wahai anak Adam! Akulah kejadian yang baru, aku menjadi saksi ke atas amalanmu. Maka ambillah bekalan daripadaku, sesungguhnya apabila aku berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari Qiamat!.

(Hasan al-Basri)

Ya Allah, aku tahu waktu adalah kehidupan. Ya Allah, daripada-Mu jua berasal segala sesuatu dan segalanya kelak kembali juga kepada-Mu. Tambahkanlah ilmu dan hikmah-Mu dalam hatiku agar aku mampu menerima segala peristiwa sebagai tanda rahmat-Mu. Ameen.

Wednesday, September 19, 2012

Kisah Helang


Belajar dari Sang Helang


Al Quran: banyak ayat yang mengajak manusia belajar

daripada binatang seperti semut, lebah, labah-labah

dan lain-lain.

 

Helang dikatakan mempunyai jangka hayat yang terpanjang dalam kalangan spesisnya

 

Helang boleh hidup hingga 70 tahun

Tetapi untuk mencapai usia ini, 

helang harus membuat pilihan

ketika berusia 40an

 

Ketika itu kukunya yang panjang dan fleksibel tidak lagi dapat berfungsi menyambar mangsa untuk makanan

 

Parohnya yang dulunya panjang dan tajam 

menjadi bengkok

 

Semakin usia meningkat,

 kepak  menjadi  semakin berat kerana bulu yang menebal dan melekat ke dada menyukarkannya untuk terbang

 

Sampai masanya, helang hanya ada 2 pilihan : mati atau menjalani

1 proses perubahan yang menyakitkan selama 150 hari.

 

Proses perubahan ini memerlukan helang 

tersebut terbang ke puncak 

gunung  

 

Di situ helang tersebut mengetuk paruhnya ke batu sampai pecah dan tercabut. Kemudian, helang harus menunggu paruh baru tumbuh dan menggunakan paruh barunya untuk mencabut pula kuku-kukunya

 

Apabila kuku-kuku barunya tumbuh, helang mulai mencarik-carikkan serta mencakar bulu badannya bagi menipiskannya…

 

Dan setelah lima bulan, helang mula terbang megah bagai kelahiran semula dan hidup untuk ... 30 tahun lagi

 

Apakah  yang boleh dipelajari?



( SISC De Baron,  16 Mei 2012 )

Wednesday, August 29, 2012

Muridnya……

Mengajar sambil duduk
Muridnya mengantuk

Mengajar dengan berlakun
Muridnya tekun

Mengajar tanpa alat
Muridnya ralat

Mengajar banyak cakap
Muridnya gagap

Mengajar memudah cara
Muridnya pandai berbicara

Mengajar tanpa menilai
Muridnya tak diketahui lemah atau pandai

Mengajar berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.

Thursday, July 26, 2012

Ingatan teman-teman


  1. Biar kita bodohkan diri dengan bertanya apabila tidak faham tetapi jangan sampai orang kata kita bodoh jika buat-buat pandai. ( Jalaludin JKR 579, 1997 )

  1. Cukuplah bagi seseorang itu untuk dianggap sebagai pendusta apabila ia memperkatakan apa sahaja yang didengarinya. ( Muslim )

  1. Sesungguhnya Allah suka akan hamba yang bertaqwa, kaya jiwanya dan tidak dikenali namanya. ( Muslim )

  1. Anyone can become angry that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose and in the right way, this not easy (Aristle )

  1. Tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkahlaku, kelakuan dan juga untuk membolehkan anak didik mendapat pengetahuan atau kepercayaan baru. ( Thomas Green )
Wallahu a’alam.

Wednesday, July 18, 2012

Apabila

Apabila bercakap…..
cakaplah dengan hormat.
apabila berkata……
katalah dengan benar.
apabila  berjanji …..
janji perlu ditepati.
apabila terima sesuatu….
ucaplah terima kasih….
apabila meminjam….
perlulah dikembalikan.
apabila berkawan….
janganlah menyakiti.
apabila berdepan orang susah…
bantulah.
apabila buat keputusan….
adillah.
nasihat orang tua…
hormat dan ingati.
nama baik orang tua….
janganlah dicemari….

( Zulkifli b Mohd Nor, Kuala Terengganu )

Saturday, June 23, 2012

Tension


•          The moment you are in tension
•          You will lose your attention     
You will be in total  confusion  
•         




And feel irritation   
•          Then…..
•          You’ll spoil personal relation           
•          Unfortunately you won’t get  co-operation  




•         

      Furthermore there’ll be  complication                        
•          Your blood pressure may also rise caution     
•          And you may end up taking medication
•          Many problem will be solve by discussion





•          Which will work out better in your profession
•          Try to understand in situation
•          And think about solution

Tuesday, June 19, 2012

Bila SAYA BIN IBU SAYA ditalkinkan…..

 Bismillahir rahmanir rahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu dua  orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.



Allahyarhamah Che Ani Daud
Lorong Wakaf Sena
1.00 pg, 19 Jun 2012
bersamaan 30 Rejab 1433H

Friday, June 15, 2012

Kehidupan…….

Setelah memeluk Islam, beliau mengikuti Rasulullah saw mengajar. Jika Rasulullah saw berhajatkan sesuatu, akan dikhabarkan padanya. Pemuda itu akan menunaikannya.

Pada suatu hari Rasulullah saw menyuruhnya mencari sesuatu. Beberapa deretan buah rumah diselusurinya. Angin yang bertiup membuatkan pintu belakang sebuah rumah menampakkan bilik air sebuah rumah. Tanpa sengaja terlihatlah ia akan seorang perempuan sedang mandi.

A’uzubillah. Aku berlindung kepada Allah. Ya Allah, aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah saw. Ya Allah aku takut turunnya ayat Quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa. Ya Allah.

Dia merintih hingga terlupa barangan pesanan Rasulullah saw. Bahkan dia melarikan diri, bersembunyi di gua puncak bukit di pinggir Madinah. Menangis dan menangis, menyesali dosanya. Walhal ianya berlaku tanpa sengaja.

Pada masa yang sama Rasulullah menyuruh Saidina Umar ra mencari sahabatnya itu. Bila bersua, pemuda itu lantas bertanya. Kenapa?. Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah saw? Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.

Saidina Umar memapahnya yang lemah itu pulang ke rumah. Rasulullah saw datang menziarah dan meriba kepalanya tetapi ia enggan.

Wahai rasulullah , kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada diribaanmu. Aku mahukan keampunanNya. Ya Rasulullah cita-citaku hanya surga. Tolonglah doakan, muga Allah mengampunkan dosa-dosaku,.

Lalu Rasulullah saw berkata,  aku menjamin kepadamu apa yang engkau mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.

Tidak lama selepas itu, roh terpisah daripada jasad pemuda itu. Bila Rasulullah saw ingin rapat ke kuburan, baginda berjalan dengan perlahan-lahan dan tersekat-sekat. Sahabat-sahabat pun bertanya; kenapa?. Jawab Rasulullah saw; kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar janazahnya ke kuburan....Masya-Allah....hebatnya insan bernama Tha’labah b Abdul Rahman.......

Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hidupkan rohnya di hati ini......ameen Ya Rabb.

Wallahu’alam.

Wednesday, May 30, 2012

Amalan 8S

1. Salam

Salam merupakan pemula bicara apabila berinteraksi. Penjawat awam perlulah memberi salam serta memperkenalkan diri terlebih dahulu apabila memulakan komunikasi dengan pelanggan. Ucapan salam boleh membuatkan pelanggan berasa lebih selesa untuk memulakan sesuatu urusan. Contohnya;


a) Menerima pelanggan dengan mesra disusuli ucapan salam dengan nada lembut dan
    sopan;
b) Membalas salam dengan mesra;
c) Memperkenalkan diri dengan memberitahu nama; dan
d) Menanyakan dengan jelas jenis urusan yang diperlukan menggunakan nada yang
    sesuai.


2. Sayang

Sifat sayangkan kerja dan organisasi akan mendorong penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik apabila berurusan dengan pelanggan. Penjawat awam yang sayangkan organisasi akan memastikan pelanggan mendapat kepuasan daripada khidmat yang diberikan. Contohnya;

a) Menjalankan tanggungjawab dengan amanah
b) Sentiasa bersikap profesional dan mengikut etika ketika melaksanakan tugas;
c) Menjaga perilaku dan disiplin sepanjang masa; dan
d) Mengamalkan sikap terbuka seperti menegur sesama penjawat awam supaya kualiti
     perkhidmatan awam dapat ditingkatkan


3. Segak

Segak merujuk kepada ketrampilan diri seseorang penjawat awam ketika menjalankan tugas. Penampilan diri yang bersih dan kemas akan mempengaruhi tahap keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan agensi berkenaan. Contohnya;

a) Memastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas;
b) Memakai pakaian yang lengkap ketika menjalankan tugas;
c) Memakai pakaian yang sesuai mengikut masa dan tempat; dan
d) Menunjukkan keyakinan ketika menjalankan tugas.

4. Segera

Sifat segera (sense of urgency) perlu wujud dalam setiap penjawat awam. Ini adalah untuk memastikan setiap urusan yang diamanahkan dilaksanakan dengan cekap, pantas dan tanpa berlengah. Namun begitu, setiap tindakan perlu mengambil kira peraturan dan prosedur kerja sedia ada. Contohnya;

a) Memberi perhatian kepada pelanggan tanpa berlengah
b) Menjawab telefon dengan segera; dan
c) Mengambil tindakan mengikut keutamaan serta peraturan yang ditetapkan


5. Sempurna

Perkhidmatan yang sempurna bermaksud perkhidmatan yang lengkap dan memenuhi kehendak pelanggan. Penjawat awam perlu sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari agensi Kerajaan. Contohnya;

a) Memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan dan layanan yang sempurna dan
    lengkap tanpa mengira latar belakang pelanggan;
b) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan kemudahan yang sempurna untuk
    pelanggan; dan
c) Meningkatkan tahap kompetensi diri dan produktiviti organisasi untuk memenuhi
    permintaan pelanggan.


6. Sensitif

Sikap sensitif dan prihatin terhadap keperluan pelanggan perlu diamalkan oleh penjawat awam tanpa mengira masa. Penjawat awam juga perlu peka dan bijak membuat penilaian apabila berhadapan dengan apa jua situasi.Contohnya:

a) Mengetahui profil pelanggan;
b) Mempunyai sikap menghormati dan mengutamakan pelanggan, serta
     prihatin, peka dan responsif terhadap keperluan pelanggan;
c) Mengambil tindakan mengikut kesesuaian; dan
d) Memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan betul


7. Senyuman

Senyuman merupakan permulaan bagi mewujudkan hubungan yang positif. Penjawat awam perlu memberi senyuman secara ikhlas mengikut kesesuaian situasi apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Contohnya;

a) Mengarahkan pandangan kepada pelanggan yang datang sambil memberikan
    senyuman yang ikhlas;
b) Memberi senyuman ketika bercakap walaupun melalui telefon agar pihak yang
     mendengar dapat merasai kemesraan; dan
c) Memberi senyuman mengikut kesesuaian situasi walaupun dalam keadaan sibuk dan
    penat.

8. Sopan

Sifat sopan dalam pertuturan dan perlakuan akan melahirkan hubungan yang baik dan suasana yang selesa untuk pelanggan. Penjawat awam yang beradap sopan akan sentiasa menjaga tutur katanya dan sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya sentiasa sopan, lemah lembut tetapi tegas. Contohnya;

a) Memberikan layanan yang mesra dan sopan kepada pelanggan;
b) Menggunakan intonasi yang sesuai dan mengarahkan pandangan mata ketika bercakap
    dengan pelanggan;
c) Menyapa pelanggan dengan panggilan yang sesuai;
d) Mengawal nada suara dan bersabar dengan kerenah pelanggan walaupun sedang
    marah; dan
e) Memakai pakaian yang kemas, sesuai dan sopan mengikut peraturan-peraturan
    berpakaian  yang telah ditetapkan.

( MAMPU; 2009 )

Tuesday, May 22, 2012

Sebuah sketsa kecemerlangan

Bagaimana kita nak cemerlang
orang datang waktu subuh
kita datang jam tujoh
orang sudah baca Al-Quran
kita masih berjalan!

Bagaimana kita mahu maju
orang hidup bersatu padu
orang berderu masuk kelas
kita ponteng kita malas!

Mengapa kita di belakang
orang bertelaah orang berbincang
kita asyik tidur telentang
orang belajar guna komputer
kita asyik berlumba motor!

Mengapa kita tenggelam
orang belajar siang malam
kita asyik keluar malam
orang banyak beli buku rujukan
kita banyak beli makanan!

Kenapa kita tak dapat 11A campur
Orang lain belajar sampai ke Zohor
Kita asyik tidur berdengkur!

Bagaimana nak jadi pemuda sejati
orang lain sentiasa muhasabah diri
kita sentiasa intai peluang mencuri!
Sebab apa kita tak dapat taraf kluster
orang lain bekerja smart dan pintar
kita bekerja ala kadar!

Mengapa kita tak disayang
orang lain hebat seluruh semenanjung
kita sekadar jaguh kampong!

(  Hj, Jusoh b Che Omar; 15 Apr 2012 )