Setelah memeluk Islam, beliau mengikuti Rasulullah saw mengajar. Jika Rasulullah saw berhajatkan sesuatu, akan dikhabarkan padanya. Pemuda itu akan menunaikannya.
Pada suatu hari Rasulullah saw menyuruhnya mencari sesuatu. Beberapa deretan buah rumah diselusurinya. Angin yang bertiup membuatkan pintu belakang sebuah rumah menampakkan bilik air sebuah rumah. Tanpa sengaja terlihatlah ia akan seorang perempuan sedang mandi.
A’uzubillah. Aku berlindung kepada Allah. Ya Allah, aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah saw. Ya Allah aku takut turunnya ayat Quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa. Ya Allah.
Dia merintih hingga terlupa barangan pesanan Rasulullah saw. Bahkan dia melarikan diri, bersembunyi di gua puncak bukit di pinggir Madinah. Menangis dan menangis, menyesali dosanya. Walhal ianya berlaku tanpa sengaja.
Pada masa yang sama Rasulullah menyuruh Saidina Umar ra mencari sahabatnya itu. Bila bersua, pemuda itu lantas bertanya. Kenapa?. Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah saw? Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.
Saidina Umar memapahnya yang lemah itu pulang ke rumah. Rasulullah saw datang menziarah dan meriba kepalanya tetapi ia enggan.
Wahai rasulullah , kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada diribaanmu. Aku mahukan keampunanNya. Ya Rasulullah cita-citaku hanya surga. Tolonglah doakan, muga Allah mengampunkan dosa-dosaku,.
Lalu Rasulullah saw berkata, aku menjamin kepadamu apa yang engkau mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.
Tidak lama selepas itu, roh terpisah daripada jasad pemuda itu. Bila Rasulullah saw ingin rapat ke kuburan, baginda berjalan dengan perlahan-lahan dan tersekat-sekat. Sahabat-sahabat pun bertanya; kenapa?. Jawab Rasulullah saw; kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar janazahnya ke kuburan....Masya-Allah....hebatnya insan bernama Tha’labah b Abdul Rahman.......
Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hidupkan rohnya di hati ini......ameen Ya Rabb.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment