Sunday, June 17, 2012

Huruf Ba’

Tuhanku,
Engkaulah pencipta segala sebab dan yang mengaturkannya,
Engkaulah yang memalingkan hati dan membalik-balikannya,

Hamba memohon daripadaMu ,
dengan hikmah yang ditetapkan olehMu,
seperti ketertiban akhir ke atas awal
dan kesan alam yang tinggi terhadap alam yang rendah.

Bahawa Engkau perlihatkanlah kepadaku,
tertib segala asbab
sama ada meninggi atau menurun
sehinggakan daku dapat melihat yang batin daripadanya
dengan hanya syuhudkan yang zahir
dan yang awal pada yang akhir.

Dan semoga daku dapat menilik
hikmah segala tertib susunan
dengan menyaksikan si penyusunan
dan Engkau membuat segala sebab yang didahului
dengan musabbah.....

Maka daku tidak terlindung daripada’Ain dengan Ghain,
supaya daku tidak termasuk
di dalam golongan orang-orang yang jahat
- sekalipun daku sememangnya
daripada golongan orang-orang soleh.....
Tuhanku.....
kurniakanlah kepadaku kunci keizinan
yang mana ia merupakan
KAF para arif,
supaya daku berupaya mengucapkan
pada setiap permulaan
- dengan namaMu al-Badi’
yang Engkau bukakan dengannya
segala simbol yang tertulis.......

Wahai Tuhan yang tunduk
segala yang meninggi dengan ketinggian namaNya
semuanya denganMu dan Engkau tanpa Huu....

Engkaulah pencipta segala-galanya
dan yang  memulakannya,
segala pujian milikiMu
wahai Tuhan yang mencipta di atas setiap permulaan.....
dan milikMulah segala kesyukuran
wahai Tuhan yang Maha Kekal
- di atas segala pengakhiran dan kesudahan......

Engkaulah yang membangkitkan ke atas segala kebaikan.....
Dikaulah batin dari segala  yang batin...
penyampai kesudahan segala perkara
pengurnia segala rezeki seluruh alam......

Berkatilah daku pada pengakhiran
sebagaimana Dikau berkati Saidina Muhammad
dan Saidina Ibrahim ....
sesungguhnya ia adalah dari Mu dan kepada Mu
dan sesungguhnya ia
Bismillahirrahmanirrahim............

Selawat dan salam ke atas penghulu kita Saidina Muhammad
nabi yang ummi dan  ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabah......

Ameen Ya Rabb.

( Abu Al- Baqir, 2010)

No comments:

Post a Comment