Tuhanku
Dikaulah yang pemberi taubat kepada yang bertaubat
dan yang menghampirkan mereka yang kembali menyerah diri
Dikaulah pembuka kepalsuan hijab
Engkaulah yang maha mengetahui kejahatan
mata dan apa yang disembunyikan oleh hati
kepadaMulah kembali segala perkara
dan denganMulah ditolak segala kejahatan.
Ya Allah
daku memohon rahsia daripada rahsiaMu
dan roh daripada urusanMu
dan cahaya daripada cahayaMu
yang mewariskan daku tetap diam di bawah takdirMu
Kurniakanlah kepadaku taufiq dariMu
yang menyedarkan kelalaianku
dan menghilangkan kejahilanku
serta menyatakan jalanku kepadaMu
dan ia temanku pada perjalanan dan kepulangan.
PadaMulah jihadku
dan ke atasMulah peganganku
dan kepadaMulah tempat kembali
dan di antara hadapanMulah tempamtku merempat.
Engkau maha mengetahui tentang hakikat diriku
di sisiMu sama sahaja rahsia (batin) dan zahirku
Engkau maha agung dari segala sifat-sifat baharu (sifat makhluk)
dan Engkau maha suci dari kekurangan dan keaiban
maha suci untukMu
dari percanggahan kesamaran.
Tuhanku
daku memohon taubah pengampunanMu
yang menghapuskan segala kesalahanku
yang menerima segala amalanku
mengelokkan zahirku
menghimpunkan urusanku
menguruskan himpunanku
menyucikan batinku
memudahkan penyucianku
dan mengheningkan daku daripada dosaku
serta kurniakanlah kepadaku
cahaya yang dapatku berjalan
dengannya di antara manusia.
Sesungguhnya Dikaulah pengurnia cahaya dan pembuka rahsia
dan setiap sesuatu di sisiMu
ádalah dengan kadar yang telah ditetapkan.
Selawat dan salam ke atas Sardina Muhammad Nabi yang Ummi
dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat baginda,
Ameen Ya Rabb.
( Abu Al-Baqir, 2011 )
No comments:
Post a Comment