
Bashah Saad @ Osman, 66 berkata, setiap hari dia terpaksa bekerja keras demi membesarkan lapan anak dan sentiasa menitik beratkan pelajaran walaupun dirinya sendiri buta huruf.
Menurutnya, anak-anak adalah penguat semangatnya di kala suka dan duka tanpa menghiraukan tomahan dan cacian masyarakat, namun dia tetap berusaha demi masa depan anak-anak yang belum pasti.
‘Apa yang saya fikir hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Walaupun hidup sesukar mana sekali pun, saya tidak mahu ia jadi beban buat anak-anak’.
‘Dugaan demi dugaan ditempuhi dengan kesabaran dan setiap kali mengenangkan kisah hidup anak-anak, pasti diiringi dengan linangan air mata, namun saya berazam agar tidak mahu nasib diri diwarisi anak-anak yang tidak bersalah dalam hal ini’
Bashah berkata, dia terpaksa menyara kesemua anak sendirian tanpa bantuan mana-mana pihak.
Anak-anak akan keluar awal pagi membantu menoreh getah sebelum ke sekolah setiap hari. Sebelah petang pula, mereka perlu siapkan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran, memandangkan masih tiada bekalan elektrik pada ketika itu.
Pada sebelah malam pula saya memperuntukkan masa mengajar al-Quran kepada anak-anak secara bergilir-gilir kerana hanya ada dua pelita minyak tanah yang mampu disediakan bagi menjimatkan kos.

Dia juga berulangkali mengingatkan anak-anak agar tidak jadi sepertinya selain sentiasa meniup semangat dan motivasi agar anak-anak menjadi insan berjaya seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan.
Kedudukan sekolah juga agak jauh pada masa itu tetapi tidak menjadi penghalang bagi saya untuk terus menghantar mereka ke sekolah. Disebabkan kemiskinan dan tidak mampu menyediakan kos yang tinggi, ada antara mereka diserahkan di bawah penjagaan guru sekolah yang menempatkan di asrama.
Wang perbelanjaan pula menggunakan biasiswa sepenuhnya. Cuma pada hari cuti sahaja mereka balik ke rumah.
Menurut ibu tabah ini lagi berkat doa dan usaha berterusan, kesemua anaknya membesar dan mendapat didikan sempurna.

Kini saya tidak lagi dibenarkan menorah getah dan membuat kerja-kerja berat tetapi hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada cucu-cucu….
( Sinar Harian; 3 Jun 2012 )
Ya Tuhanku yang menguasai kerajaan langit dan bumi, tetapkan hati ini hanya kepadaMu...redha pada tiap ketetapan yang ada batas jangka dan pada tutup bilangannya......rahmati dan dekatkan hati ini di jalan lurus menuju kedekatan ketaatan padaMu...mencintaiMu, mencintai orang-orang yang mencintaiMu dan orang-orang beramal soleh......berlapang dada menyingkap hikmah pada tiap tabir kehidupan yang fana ini ...........demi menyempurna janji yang terjaga, kesucian yang terpelihara dan hak yang terpenuhi dalam tiap jalinan ukhuwwah fillah ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang......ameen ya Rabb.
Padang Besar, Perlis.
No comments:
Post a Comment