tersilap atau terkeliru. Dengan itu terikut-ikut dengan cara orang lain beribadat yang
kadang-kadang melanggar syarat sahnya. Oleh itu, atasilah dengan:
a) Mempelajari dari guru yang muktabar dalam bidang haji yang mengikut
Muzakarah Ibadat Haji;
b) Banyak membaca buku bimbingan haji dan kisah tauladan dalam ibadat haji;
c) Menonton video/CD haji atau dokumentari yang memberikan gambaran lokasi
di Tanah Suci Mekah; dan
d) Banyak bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam ibadat haji.
2. Menderhaka atau mengabaikan kedua-dua ibu bapa.
a) Sering berlaku anak-anak yang mengiringi ibu bapa yang uzur ke Tanah Suci
Mekah, kemudian mengabaikan mereka. Ibu bapa tersebut merasa amat kecewa;
dan
b) Ada juga anak yang tidak bertegur sapa dengan ibu bapa kerana berkelahi,
kemudian pergi ke Mekah tanpa restu mereka. Oleh itu, segeralah memohon maaf
dan sentiasa mengamalkan ihsan dengan ibu bapa.
3. Mengabaikan ibadat pada masa lalu. Tujuan ke Tanah Suci Mekah hanyalah untuk
mendapat gelaran ‘Haji’ dan ‘Hajjah’. Di Mekah, kurang melakukan amalan kerana
sudah terbiasa meringan-ringankan hukum. Perbetulkan sikap dengan:
a) Hendaklah mempunyai daya kekuatan untuk bertaubat bersungguh-sungguh (taubat
nasuha) dan amat menyesali perbuatan yang lalu; dan
b) Banyak berdoa dan insaf sepanjang berada di Mekah dan Madinah kerana di sinilah
tempat paling mustajab berdoa.
4. Menggunakan wang perbelanjaan dari sumber yang tidak jelas halal dan haramnya
(syubhah) atau tidak menjelaskan zakat terlebih dahulu. Berhutang atau memaksa anak
untuk membiayai pemergian Haji.
a) Syarat haji mabrur hendaklah menggunakan perbelanjaan dari sumber yang paling
bersih dan halal, dan tidak memaksa untuk mendapatkan sumber bekalan dari orang
b) Hendaklah terlebih dahulu mengutamakan zakat dari menunaikan haji kerana zakat
diperintahkan selepas solat.
5. Masih mengamalkan perkara-perkara khurafat dan kepercayaan karut-marut yang
dianggap sebagai sebahagian dari kepercayaan agama seperti masih mempercayai
bomoh syirik (kahin-menggunakan jin) atau mengamalkan kepercayaan yang
tidak diasaskan oleh Islam. Tidak akan mendapat haji atau umrah yang mabrur bagi
seseorang itu selagi ia mengamalkan perkara-perkara syirik. Contoh perkara khurafat
seperti memeluk tiang jin di Masjidil Haram atau mencuri tali khemah Arafah untuk
dijadikan pelaris jualan. Perkara ini amat bertentangan dengan syarak yang mesti
dijauhi.
( JAWHAR, JPM 2010 )
No comments:
Post a Comment