Friday, June 29, 2012

Strategi Chaos ( membuat bising )


  1. Jauhkan kayu api dari tungku (tanggalkan pemegang dari kapak)
Ketika menemui musuh yang sangat kuat, untuk menghadapinya secara langsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan keperluan asasnya, kemudian menyerang sumber tenaganya.

  1. Menangguk di air keruh
Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah kekacauan untuk melemahkan semangat dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang luar biasa, aneh dan tidak terfikir oleh musuh sehingga menimbulkan rasa curiga dan menganggu fikiran musuh. Musuh yang bingung lebih mudah untuk diserang.

  1. Tanggalkan kulit serangga (perlihatkan kesilapan untuk menipu musuh)
Ketika anda dalam keadaan jauh, hanya memiliki kesempatan untuk melarikan diri dan harus mengambil berat keadaan kelompok, buatlah sebuah ilusi. Sementara itu, perhatian musuh akan terfokus atas muslihat yang anda lakukan, pindahkan pasukan anda secara rahsia di belakang muka anda yang kelihatan.

  1. Tutup pintu untuk menangkap pencuri
Jika anda memiliki kesempatan menawan seluruh musuh, lakukan sehingga pertempuran berakhir dengan segera. Membiarkan musuh terlepas sama dengan menanam bibir konflik baru. Namun jika mereka berjaya melarikan diri, berhati-hatilah ketika mengejarnya.
  1. Berkawan dengan Negara jauh dan serang Negara jiran
Sudah menjadi rahsia umum bahawa negara yang berjiran satu sama lain sering menjadi musuh, sedangkan Negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika anda adalah terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbesar adalah dari kuasa kedua yang terkuat di wilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.

  1. Cari laluan selamat untuk menjajah kerajaan Guo
Pinjam sumber tenaga sekutu untuk menyerang musuh bersama-sama. Setelah musuh dikalahkan, gunakan sumber tenaga tersebut untuk menempatkan sekutu anda pada kedudukan pertama yang akan serang kemudian.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

No comments:

Post a Comment