Thursday, June 21, 2012

Kedudukan hambaNya


Tiga darjat  seorang hamba menurut agama :

Pertama :

Salim, ertinya orang yang selamat. Ia hanya menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat.

Kedua :

Rabih, orang yang beruntung. Ia menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam-macam ketaatan yang sunat.

 Ketiga :

Khasir. Orang  yang rugi. Ia taksir atau cuai daripada membuat  sesuatu yang fardhu.

Maka jikalau tidak dapat menjadi orang yang rabih, berusahalah supaya menjadi orang salim. Jangan sekali-kali menjadi orang yang khasir.
Di sudut pergaulan juga terbahagi kepada 3 :

Pertama : Laksana Malaikat yang mulia, suka berbuat baik kepada orang lain. Ia berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.

Kedua : Laksana binatang dan benda keras. Ia tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.

Ketiga : Laksana kala jengking, ular dan binatang buas. Ia tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.

Sekiranya tidak mampu mencapai darjat Malaikat, usah lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda yang keras. Jika redha untuk darjat A’la Illiyyin ( darjat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi ) maka janganlah redha untuk berada dengan darjat Asfala safilin ( darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah ). Jika tidak mampu berbuat keuntungan usahlah  melakukan perkara yang merugikan.

Wallahu’alam.
(Bidayatul Hidayah)

No comments:

Post a Comment