
Wajah tukang masak kelihatan cemas, kerana dia tahu bahawa pelanggan yang memanggilnya itu seorang tokoh penting.
Kamu amat bersusah payah memasak stik ini, tetapi saya mampu makan hanya separuh sahaja. Ini bukan kerana tak sedap. Stik ini cukup sedap. Tetapi kamu tahu-tahu sajalah, umur saya lapan puluh tahun dan selera saya sudah tidak macam dulu lagi. Saya minta nak bercakap dengan kamu kerana saya khuatir kalau-kalau kamu akan berasa tersinggung apabila di dapur nanti kamu mendapati saya menjamah separuh sahaja stik ini.

Layani orang yang berurusan dengan anda seolah-olah mereka itu sebahagian daripada keluarga anda. Kemakmuran bergantung pada sebanyak mana persefahaman yang diterima oleh seseorang itu daripada orang-orang yang menjalankan perniagaan dengannya. ……
Khidmat selepas jualan lebih penting daripada memberi khidmat sebelum jualan. Melalui khidmat yang seperti itulah seseorang itu memperoleh pelanggan tetap….
Jangan jualkan barang-barang yang menarik perhatian pelanggan, tetapi juallah barang-barang yang memberi manfaat kepada mereka……
Sebarang pembaziran walaupun sehelai kertas, akan meningkatkan harga keluaran sebanyak harga sehelai kertas itu…..

KM mempercayai takdir yang menentukan sesuatu rencana rambang. Takdirlah yang menyebabkan kejayaan budak miskin mewujudkan salah sebuah syarikat terbesar di muka bumi ini. Juga melonjakkan seorang manusia tanpa pendidikan formal yang banyak, tanpa kenalan dan kedudukan yang membantu memimpin negaranya memasuki revolusi ekonomi. Apakah lagi yang dapat menjelaskan hakikat bagaimana seseorang itu boleh memulakan sesuatu dengan tangan kosong dan mengakhirkannya dengan memperoleh kekayaan yang melimpah ruah dan dikagumi oleh seluruh bangsa.
Sesungguhnya, apakah lagi yang boleh menjelaskannya?
Wallahu’alam.
( Kepimpimpinan Matsushita, John P. Kotter )
No comments:
Post a Comment