Thursday, December 25, 2014

Sibuk

Renungan 30

Bagi mengubati kesunyian yang melanda, kata seorang pendidik dan pujangga: Bunuhlah setiap waktu kosong dengan pisau kesibukan. Lihatlah para petani, nelayan dan buruh kasar, mereka mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk tetapi selalu gelisah dan berendam air mata. Hargailah kehidupan yang dimiliki kini, usah bandingkan yang lebih baik daripada kita kerana ia akan mengundang kesedihan yang berpanjangan. Tetapi jika dibandingkan dengan yang lebih melarat daripada kita, maka kita akan mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

No comments:

Post a Comment