KATA HIKMAH :
Setiap
penulis agung adalah penulis sejarah; biarlah ia berbicara tentang apa jua
perkara, kerana ia membawa dengannya, ribuan tahun akan datang, sebahagian
zamannya.
( Landor)
Akan
tiadalah masa lampau dan sekarang; sekiranya tidak melihat zaman lampau, untuk
maju ke hadapan.
Sesiapa
yang tidak menghindarkan dirinya melakukan percakapan dan kelakuan dilarang,
Allah tidak merestui makan dan minumnya.
(Al Bukhari)
Tiada
yang tetap melainkan perubahan.
Kapal itu lebih penting daripada anak
kapalnya ( The Ship Is More Than The Crew
)
(Motto Clifford School, Kuala
Kangsar)
Guru
lama tidak akan mati, mereka hanya ditelan masa.
Pendidikan
tidak bermakna mengajar orang apa yang mereka tidak tahu; ia sebenarnya
mengajar mereka berkelakuan yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
( Ruskin )
Mereka
boleh berjaya sekiranya mereka yakin yang mereka boleh melakukannya.
( Drysden )
Sekiranya
kita bertemu dengan orang yang bijaksana, maka tanyalah apa buku yang ia baca.
( Emerson )
Orang
yang bijaksana didorong oleh akalnya, yang kurang bijaksana dengan memahami
sesuatu, yang kurang inteleknya oleh tekanan hidupnya, dan haiwan oleh alam
sekelilingnya.
( Cicero )
Berfikir
secara global, bertindak secara glokal
Seseorang
yang mahir dalam satu perkara kita anggapkannya sebagai orang pandai, tetapi
seseorang yang mahir dalam dua perkara kita menganggapkannya sebagai bijaksana.
( Emerson )
Dunia
ini boleh memenuhi keperluan semua orang, tetapi ia tidak boleh memenuhi semua
kemahuan orang yang tamak.
Wallahu a'lam.
Dato Hj Abdul Rahim b Hj Abdul Majid
2009
No comments:
Post a Comment