Setelah dua kali mengalami kegagalan dalam
usahanya membujuk nabi Aiyub, Iblis tidak putus asa dan berusaha dengan lain
cara untuk menipis atau menghilangkan iman dan keikhlasan taatnya Aiyub kepada
Allah. Ia mendatangi Aiyub di kala bersujud dan meniupkan ke dalam mulut serta
hidungnya, baksil-baksil penyakit yang berakibat seluruh tubuh Aiyub menjadi
bengkak, mengeluarkan keringat yang tdak berputus-putus sehingga merasa
kehilangan tenaga dan kekuatan. Hal mana
dianggap oleh Rahmah, isterinya sebagai akibat kesedihan hatinya kerana
mengalami musibah hilangnya harta-harta serta anak-anak kesayangannya ditambah
pula, bahwa ia tidak pernah beristirehat sesaatpun daripada ibadah berpuasa di
waktu siang dan bersolat di waktu malam.
Penyakit nabi Aiyub makin hari menjadi makin
parah, kerana tumbuhnya bisul-bisul cacar yang meliputi seluruh badannya dari
ujung kepala hingga ujung kaki, bisul-bisul mana lama kelamaan mengeluarkan
nanah dan ulat-ulat, sehingga kawan-kawan dan sanak keluarganya menjauhkan diri
daripadanya kerana merasa jijik, demikian pula kedua dari tiga isterinya minta
cerai karena tidak tahan mendekatinya. Hanya Rahmah satu-satunya isteri yang
masih setia merawatnya dan menjaganya siang dan malam. Kemudian
tetangga-tetangganya pun berseru kepada Rahmah, agar membawa suaminya keluar
dari perkampungan itu, kerana ketakutan penyakit Aiyub menular kepada
anak-anaknya.
Dan keluarlah Rahmah dari perkampungan itu sambil
mendukung suaminya di atas punggungnya dengan air mata bercucuran membasahi
wajahnya hingga mendapati sebuah gubuk terletak sedikit di luar kota dan
dibaringkan nabi Aiyub di atas rubah dalam gubuk yang sudah tua dan hampir
ambruk itu. Tetkala Rahmah keluar meninggalkan suaminya untuk mencari sesuap
makanan, berteriaklah nabi Aiyub memangilnya kembali dan berkata kepada
isterinya: Hai Rahmah! Jika engkau hendak meninggalkan aku dan memisahkan diri
daripadaku, aku hendak memberimu beberapa wasiat. Rahmah menjawab: Tidak! Aku
tidak akan meninggalkan engkau dan berpisah daripadamu selama hayat masih
dikandung badanku.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment