Kita
telah dibekal dengan mantapnya agenda
Penyata
Razak amanat ayahanda
Jangan
dilupa
Apa
lagi dipersenda.
Itulah
tunjang pendidikan negara
Itulah
ramuan agar kita bersaudara
Itulah
jalan untuk kita terus mara.
Kita
wajar gelisah
Anak-anak
kita padang mainnya terpisah
Berhujan
bersama
Tapi
hanya kita yang basah.
Kita
bimbang kerana
Wujudnya
cabang
Akan
berkembang
Prasangka
yang rambang
Sesama
mereka tidak lagi bersembang
Fahamkah
kita erti perpaduan
Bukan
sekadar tidak berlawan
Tetapi
mesti berkawan.
Sekolah
kita
Jadikanlah
batas-batas semai
Bertanam
dan siramlah beramai-ramai
Agar
nanti pokoknya rimbun dan permai
Jadikanlah
kita benar-benar kebangsaan
Pastikan
kualitinya benar-benar kebanggaan
Dan
….Penyata Razak benar-benar jadi kenyataan
Perkasakanlah
sekolah kebangsaan!
Mustapha Nagoor
Negeri Sembilan
PWTC, Kuala Lumpur
29 November 2014
No comments:
Post a Comment