tetapi
tiada waktu mengecas rohani
kita
suka menelek mencantik persona
tetapi
tidak gemar menyolek sukma
kita
berhabis usia mengejar dunia
tetapi
suntik masa menjana pahala
kita
boros harta demi menjaga darjat
tetapi
kedekut belanja merebut akhirat
kita
habiskan wang untuk santapan raga
tapi
tiada peruntukan untuk makanan minda
kita
sanggup mati demi cintakan si dia
tetapi
takut mati demi cinta Dia.
Azmi Yusoff
Machang Kelantan
Mingguan Malaysia
7 Dis 2014
No comments:
Post a Comment