Thursday, December 25, 2014

Kerana aku tidak pernah bercadang menyimpan dendam


Marilah kita
membaca manusia
dengan sifir berbeza
kerana kita tak mungkin pernah
menemui jawapan dengan rumus
yang sama
 
malah jika kau aduk
ukuran yang sama
dengan kaedah yang sama
hasilnya berbeza lagi
jadi bagaimana bisa kau yakin
lukamu bakal jadi lukaku juga

sesekali
lepaskan beban dibahumu
untuk sekadar memberi kepercayaan
kepada hati lain belajar memahami
dan menanggapi dunia
dengan nyah dari panen musim semi

kawan
seperti pahitnya kopi
yang sering menyakiti lidah
kerana kegopohan kita
menanggapi dunia bakal sama
untuk semua
izinkan kali ini aku katakan
tidaklah aku bercadang
untuk menyimpan dendam.

Hani Salwah Yaakup
Kajang Selangor
Mingguan Malaysia
7 Dis 2014

No comments:

Post a Comment