Wednesday, December 10, 2014

Sifat Tawadhu’ (3)



Dikatakan bahwa ada enam makhluk Tuhan yang diangkatNya, atas sesamanya kerana tawadhunya. Pertama, Allah telah menyatakan kepada gunung-gunung lewat wahyuNya: Aku akan menempatkan perahu Nuh dengan penumpangnya dari para mu’minin di atas salah satu dari kamu! Maka sementara lain-lain gunung sombong tidak menyambut, berkatalah gunung Aljudie ; Bagaimana aku dapat memperoleh penghargaan, sehingga Allah berkenan menempatkan perahu Nuh di atas puncakku!. Dan kerana tawadhu’nya, berlabuh perahu Nuh di atas puncaknya, sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran. Aljudie, ialah suatu gunung di Jazira Arab dekat Maushil.

Kedua, bertanya Allah kepada gunung-gunung lewat wahyuNya: Aku akan berbicara dengan salah satu hambaKu di atas salah satu dari kamu, maka sementara gunung-hunung lain tidak menyambut tawaran Tuhan kerana sombong, berkatalah gunubg Thuor Sina: Siapakah aku ini sehingga  Allah akan menjadikan puncakku tempat bercakap-cakap dengan salah seorang hambaNya. Dan kerana tawadhu’nya terjadilah percakapan Allah dengan Nabi Musa di atas gunung Thuor Sina.

Ketiga, Allah bertanya lewat wahyuNya kepada ikan-ikan di laut: Aku akan menyembunyikan Yunus dalam perut salah satu dari pada kamu, maka sementara lain-lain ikan tidak menyambut kerana sombongnya, berkatalah satu ikan dengan rendahnya: Siapakah aku sehingga akan dapat memperoleh kehormatan, perutku menjadi tempat sembunyi nabiNya. Dan terjadilah yang demikian kerana tawadhu’nya.

Keempat, Allah menawarkan kepada burung-burung lewat wahyuNya: Aku akan mengaruniai salah satu dari kamu sebuah dzat dan cairan yang mengandungi obat bagi manusia, maka berkatalah si lebah, sementara lain-lain burung dan serangga berdiam kerana sombong, siapakah aku sehingga dapat memperoleh kehormatan itu. Maka kerana tawadhu’nya dikaruniailah dengan madu yang mengandungi obat bagi manusia.

Kelima, bertanya Allah kepada Nabi Ibrahim: Siapakah engkau? Akulah Alkhalil, sahut Ibrahim dan bertanya kepada nabi Musa: Siapakah engkau? Akulah Alkalim, jawab Musa. Kemudian kepada nabi Isa: Siapakah engkau? Akulah ruhul-kudus, jawab nabi Isa as dan tetkala Muhammad ditanya, dijawab : Akulah Al-yatim. Maka kerana kerendahan hatinya, Allah mengangkat derajatnya di atas semua nabi dan para pesuruhnya.

Sebagaimana firman Allah: Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karuniaNya, hingga hati kamu menjadi puas.

Keenam, seorang mu’min yang rendah hati dan bertawadhu’ kerana Allah dengan sujud dan tauhid, dimuliakan oleh Allah dengan membuka dadanya dan melapangkannya dengan Islam dan cahaya dari sisiNya.
(Al-Mau’idhah)

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment