27,614
calon dapat keputusan 8A UPKK
PUTRAJAYA 22 Dis. – Sebanyak 27,614 atau 15.29
peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara
pada tahun ini berjaya mencatatkan keputusan 8A.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, kejayaan itu merupakan
peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun lalu yang menyaksikan 22,608
atau 12.22 peratus calon mendapat 8A.
Beliau berkata, keputusan UPKK tahun ini turut
mencatatkan pencapaian terbaik apabila seluruh negeri mendapat keputusan
cemerlang dengan kelulusan 100 peratus tanpa ‘D’ berbanding 99.99 peratus pada
tahun lalu.
“Mengenai prestasi keseluruhan pula, sebanyak
180,589 calon atau 100 peratus lulus di dalam peperiksaan tersebut berbanding
185,050 calon atau 99 peratus pada lalu.
“Calon paling ramai mendapat 8A adalah dari Melaka
iaitu 1,910 calon, diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 1,788 dan Sabah
mencatat 1,206 calon,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan
UPKK 2014 di sini hari ini.
Sebanyak 180,589 calon menduduki UPKK yang
dikelolakan oleh Jakim pada 13 hingga 16 Oktober lalu.UPKK melibatkan lapan
mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang
al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab
(Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).
Sementara itu, Othman berkata, bagi kelulusan
mengikut mata pelajaran pula, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat
masing-masing mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus diikuti
Bidang al-Quran 99 peratus.
Katanya, keputusan itu menjadi penanda aras kepada
kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan
cara hidup Islam dalam kehidupan.
“Pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN)
UPKK untuk tahun ini adalah 1.76 manakala tahun 2013 iaitu 1.86 mata dengan
peningkatan 0.1 mata.
“Negeri terbaik berdasarkan GPN adalah Wilayah
Persekutuan dengan 1.56 mata, diikuti Selangor 1.57 mata dan Melaka mencatat
1.59 mata,” katanya.
Wallahu a’lam.
Utusan
online
23 Disember
2014