Thursday, June 30, 2011

Menyingkap tabir sejarah 852 H

Pemimpin sebaik tenteranya..
Andai aku gugur syahid, kebumikan aku di sini. Walaupun aku tidak mampu membuka Constantinople, sekurang-kurangnya satu hari nanti aku akan mendengar tapak kaki sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang dijanjikan oleh Rasulullah s.w.a. ( Abu Ayyub al-Ansari )


“ Ya Allah, aku ingin bertemu bidadari lalu ingin ku khabarkan padanya, aku inilah yang engkau cemburui ketika hayatku di dunia ….perkenankan Ya Allah…ameen. “

Kalam itu….


 Dalam cerita ada hukum
dalam hukum ada cerita
ada perbandingan
ada perumpamaan
di dalamnya membongkar segala rahsia
akhiratnya
dunianya
jasmaninya
ruhaninya
mukminnya
kafirnya
munafiknya
watak-watak manusia
malaikat dan jinnya

Peristiwanya dah terjadi
dan akan terjadi
ramalannya berlaku
janjinya terjadi

Ilmu di dalam ilmu
hikmahnya di dalam hikmah

Bahasanya mudah
sukar ditiru
bacaannya tidak jemu
menatapinya kekuatan jiwa
mengubat hati
menajamkan mental
petunjuknya kedamaian
keselamatan
keharmonian
membersihkan kemungkaran
kezaliman dan penindasan.

Hukumnya berhikmah
mengamalkannya melahirkan tamadun dan kebudayaan
bahasanya
susunannya
isinya
dikagumi oleh ahli bahasa
ditakjubi para sasterawan
dianggap pelik oleh filosof
dianggap sihir di zaman jahiliah
mencabar cerdik pandai
mereka dicabar
tidak dapat mencabar

Menceduk mutiaranya
tidak habis-habis
tidak dapat diubah
dibuang dan ditambah

Telah terbukti
beberapa kali dicuba
oleh musuhnya
dikesan juga akhirnya
pusaka abadi
mukjizat nabi……..

( Radio Ikim )


Tuesday, June 28, 2011

Pesan memesan

 
Barangsiapa yang memikir-mikirkan seseorang, dia akan menjadi takut kepadanya, barangsiapa yang jahil terhadap sesuatu dia akan menjelekkannya dan kesempatan adalah sesuatu yang hanya datang sekejap.

Tiga hal yang barangsiapa memilikinya, nescaya tidak akan menyesal iaitu: meninggalkan ketergesa-gesaan, melakukan musyawarah dan bertawakal kepada Allah.

Seandainya sibodoh mau berdiam diri, nescaya orang banyak tidak akan berselisih.

Orang mukmin itu butuh kepada taufiq Allah, peringatan dari dirinya sendiri dan menerima
nasihat dari orang yang menasihatinya.

Matinya manusia kerana dosa lebih banyak daripada matinya mereka kerana ajal dan
hidupnya kerana kebaikan yang dilakukannya lebih banyak daripada hidupnya kerana
umurnya.

Barangsiapa yang menganggap baik suatu keburukan maka bererti dia ikut bersekutu dalam
keburukan itu.

Empat perkara yang membantu seseorang dalam beramal : kesihatan, kekayaan, ilmu dan taufik.

Barangsiapa yang mengambil manfaat dari seorang saudara dalam Allah maka ia laksana
telah mengambil manfaat dari sebuah rumah di surga.

Wallahu’alam.

Gedungan

Ya Tuhan kami, bukakanlah olehMu atas kami hikmat dan bentangkan olehMu atas kami gedung rahmat Engkau. Hai Tuhan Yang Amat Pengasih dari segala yang pengasih.

Pengampunan


Kalimah agung dibuku Tuhan
menjadi azimat suci perisai kendiri
buat penghias watak penawar hati
yang sering bergolak hilangnya suci

Longgokkan nafsu madah bertuan
pada jiwa bermadu syaitan
di kala badai nista dimamah muda
berdampar lemah di pantai dosa

Disaat itu
tercarilah dirimu sinar bahagia
bagaikan kalkatu mencari cahaya
meraba-raba dan terusan mencari
mengharap kasihNya hadir menemani

Adakah cahaya keampunan masih menyuluh
pada jasad yang kian lumpuh
menggapai redha penuh bersungguh
setia menunggu wajahnya keruh
takut diri diabai hatinya berseloroh

Sukar digambar perasaan dijiwa
menghempas  deras mencipta luka
umpama ditoreh duri sembilu
dalam parutnya menyusuk di kalbu
memohon barakah inayahMu bertamu..

Aisyah Soleh
Parit Buntar Perak

(Harian Metro, 25 Mei 2010)


Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit. (14:38)

Monday, June 27, 2011

...ajal mendekat

Kalian berada pada ajal yang semakin berkurang, hari-hari yang sangat terbatas, mati yang datang secara tiba-tiba. Sesiapa menabur kebaikan akan memetik kebahagiaan dan siapa menabur kejahatan akan memetik penyesalan. Setiap penanam akan memperoleh  hasil tanamannya. Yang berlambat-lambat  tidak akan memperoleh bahagiannya secara cepat sedang yang berlari cepat tidak akan memperoleh apa yang memang tidak diperuntukkan baginya. Barangsiapa memberikan kebaikan, Allah menjadi pemberi (kebaikan) kepadanya dan barangsiapa menjauhi kejahatan maka Allahlah yang akan menjauhkan dirinya dari kejahatan itu.

Ya Tuhan kami ampunilah kami, dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan  kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang berbakti. (3:193)

Bila ke pasar…..

Dunia ini tak lebih dari sebuah pasar, yang darinya suatu kaum keluar dengan membawa barang-barang yang bermanfaat bagi mereka, dan ada pula yang membawa barang-barang yang mudarat. Banyak sekali orang yang terpedaya oleh hal-hal yang selama ini telah kita saksikan hingga maut menjemput mereka.

Mereka  mengambil apa yang mereka inginkan lalu keluar dari dunia secara hina lantaran mereka tidak membawa bekal untuk sesuatu yang mereka sukai di akhirat, atau mempersiapkan perlindungan untuk hal-hal yang tidak mereka sukai di sana Mereka membahagikan apa yang mereka kumpulkan kepada orang-orang yang memuji mereka dan bergabung dengan orang-orang yang tidak pernah memberikan peringatan.

Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan jadikanlah dua hal ini selalu berada dalam kalbu ; fikirkan hal-hal yang diingini untuk menyertai kita menghadapiNya, lalu hadirkan ia didepan kita. Dan fikirkan pula hal-hal yang tidak diingini membawanya menghadapiNya dan berharaplah untuk dapat memperolehi gantinya.

Janganlah terbawa-bawa melakukan perbuatan yang telah dilakukan oleh orang-orang yang sebelum dan berharaplah agar hal itu terhindar dari diri.Takutlah kepada Allah Azz a wa Jalla. Bukalah selalu pintu-pintu dan permudahlah orang menemuimu. Bantulah orang yang dizalimi dan kembalikanlah hak-hak mereka yang dirampas.

Tiga hal yang bila dimiliki seseorang, sempurnalah imannya kepada Allah. Mereka ialah orang yang bila menyatakan keredhaannya ,maka keredhaannya itu tidak dimasukkan kebatilan. Bila dia marah, maka kemarahannya tidak menyebabkan dia keluar dari kebenaran. Dan orang yang berkuasa, dia tidak mengambil barang-barang yang bukan haknya.

Wallahu ‘alam.

Hak si cilik

Ajarkanlah kepada anak-anakmu mengenai tiga perkara : cinta kepada nabimu, cinta kepada ahli rumahnya dan cinta membaca al-Quran. Di hari kiamat nanti akan berada dalam naungan Allah di mana pada hari itu sama sekali tiada naungan melainkan naunganNya berserta para Nabi dan orang pilihanNya sahaja. ( Hadis riwayat ad-Dailam )

Sunday, June 26, 2011

...Pesanan diambang Israk Mikraj

….dan aku berpesan kepadamu tentang 5 hal :

# kalau engkau dizalimi, janganlah engkau berlaku  
   zalim pula.
# kalau engkau dikhianati, janganlah engkau
   berkhianat.
# kalau engkau didustai, janganlah engkau marah
# kalau engkau dipuji, jangan gembira
# kalau engkau dicela, jangan mengeluh.

Fikirkanlah apa yang dikatakan orang mengenai dirimu. Kalau engkau tahu bahawa dirimu memang seperti yang dikatakan orang, maka kejatuhanmu di mata Allah Azza wa Jalla ketika engkau marah menghadapi kebenaran yang dikatakan kepadamu, adalah bencana yang jauh lebih hebat berbanding  kekhuatiranmu, tentang kejatuhan dirimu di mata manusia. Tetapi bila engkau memang tidak seperti yang dikatakan itu, maka engkau akan memperoleh pahala tanpa bersusah payah…

Ketahuilah bahawa engkau tidak berhak menyebut kami sebagai pelindunganmu sebelum orang-orang di daerahmu sepakat mengenai dirimu dan mengatakan bahawa engkau adalah lelaki /perempuan  yang jahat lalu engkau tidak berkecil hati kerana itu.

Dan seandainya mereka mengatakan engkau orang soleh lalu engkau tidak gembira kerana itu. Akan tetapi mantapkanlah dirimu dengan Kitabullah. Bila engkau benar-benar berjalan di atas jalannya dengan kezuhudan seperti yang diajarkannya, menyukai sesuatu yang dianjurkannya, takut terhadap apa yang diancamkannya maka percaya diri dan bergembiralah.

Sebab, apa yang dikatakan orang tentang dirimu tidak akan membahayakanmu sedikit pun. Dan bila engkau betul-betul bisa menemukan penjelasan Al-Quran maka tidak akan ada sesuatu pun dari perkataan orang yang akan memperdayakanmu.

Seorang mukmin memperoleh bantuan dengan usahanya menaklukkan dirinya dalam mengalahkan hawa nafsunya. Sesekali ia akan berpihak pada kemahuannya dan menentang hawa nafsunya dalam mencintai Allah dan pada kali lain dirinya terkalahkan dan dia mengikuti hawa nafsunya.

Lalu dia memohon perlindungan kepada Allah swt dan  Dia melindunginya lalu meringankan bebannya sehingga dia ingat kepada Allah  swt dan bergegas bertaubat dan merasa takut akan siksaNya. Dengan demikian, pengetahuan dan pemahamannya semakin meningkat dengan ketakutannya kepada Allah itu. Yang demikan itu disebabkan kerana Allah swt telah berfirman : Sesunggunya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan  mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka (QS, 7:201)

Perbanyakkan untuk dirimu (redha) dari Allah dengan cara menyediakan rezeki dan ikhlas dalam bersyukur. Sedikitkanlah menuruti dirimu dengan cara banyak-banyak taat kepada Allah, merenungi diri dan memohon ampunan. Doronglah dirimu ketika menghadapi kejahatan dengan hadirnya ilmu dan efektifkan hadirnya ilmu dengan keikhlasan amal.

Pertahankan keikhlasan amalmu dari ancaman kelalaian dengan cara membangkitkan kesedaran, dan gunakan kesedaranmu dengan takut yang sebenar-benarnya.

Hindarilah berpongah-pongah diri dengan menghadirkan kehidupan, dan berlindunglah dari serangan hawa nafsu dengan bimbingan akal.Bertahanlah terhadap tekanan nafsu dengan petunjuk ilmu dan lestarikan keikhlasan beramal untuk menyongsong Hari Pembalasan serta terjuni medan qana’ah dengan menghidari ketamakkan……

Wallahu alam



Mantan

Gelaran bagaikan baju yang dipakai dan ditanggalkan bila-bila masa.


Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. (7:23)

Benarkan…..

Ramadan ini

Disaat mata yang berkaca mentadaburkan ‘Ar-Rahman’ bersama Abdullah AlBuraimy  …Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?...hanya padamu Ya Allah benarkanlah pada kami……bersimpuh di RaudahMu Kota Bercahaya itu nanti …seseorang yang telah memasuki syurga, tidak mungkin dikeluarkan darinya ...titipan doa buat saudara-saudara kami yang masih hidup atau  pusaranya kami ziarahi jua tidak dikenali tiada hijab buatMu……ameen.

Keutamaan kesabaran

Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai.

Ia sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengatur langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai wawasan itu. Kelakuan yang gopoh-gapah tidak membawa apa-apa keuntungan malah akan mengusutkan keadaan hingga segala keadaan menjadi kucar kacir dan rumit.

Rasulullah saw bersabda bermaksud : Sabar itu salah satu daripada cabang iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan. Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sebagai ‘kepala sesuatu badan’.

Ok bila :

  • tenang menghadapi masalah rumit
  • mempunyai perhitungan jauh
  • tahan menerima cabaran
  • tidak putus asa
  • pemaaf dan berhemah tinggi
  • cermat dalam tutur kata
Ko bila :

# selalu mengubah pendirian dan keputusan
# tidak sanggup berkorban
# takutkan cabaran
# lekas mengalah
# berpandangan sempit
# tidak tahan menghadapi kesusahan
# tidak bertanggungjawab

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

"Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna. Allaahumma ajirnii fii mushiibatii wakhluf lii khairan minhaa."
Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah berilah kami pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik. (HR. Muslim)

Mudah-mudahan segalanya menjadi kifarat pada dosa-dosa semalam....menyingkap tabir hijab buat kemakbulan tiap bait-bait doa mengapai redhaMu...ameen.

Saturday, June 25, 2011

munajat lagi

Hanya padaMU….

Allahumma ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad saw dan keluarga Muhammad saw dan cukupkanlah aku dengan mementingkan apa yang menjadi pekerjaanku dan jadikanlah aku sentiasa mengerjakan apa yang akan Engkau tanyakan di Hari Kiamat kelak.

Curahkanlah hari-hariku untuk apa yang telah Engkau ciptakan untuk itu.Berilah kecukupan kepadaku, luaskanlah bagiku rezekiku dan janganlah Kau cuba diri ini dengan  rasa angkuh dan kesombongan.

Berilah kekuatan jiwa kepadaku dan janganlah Engkau rosakkan ibadahku dengan ujub. Berikanlah kebaikan kepada manusia melalui tanganku dan janganlah Kau hapuskan kebaikanku dengan tindakanku menyebut-nyebutnya. Anugerahilah aku dengan ketinggian akhlak, bentengilah aku dari sifat berbangga diri.

Allahumma ya Allah.. Janganlah Engkau angkat derajatku di mata manusia kecuali Engkau juga merendahkan aku dimataku sendiri sebanding dengannya. Janganlah Engkau perbarui kebesaran lahiriahku  kecuali Engkau perbarui juga kerendahan hati dan batiniahku dalam jiwaku sendiri sebanding dengannya.

Allahumma ya Allah, janganlah Engkau biarkan sesuatu sifat  buruk dalam diriku kecuali Engkau perbaiki, tidak pula keaiban yang menimpa diriku kecuali Engkau perbaiki. Jangan pula Kau biarkan penghormatan orang, sementara ada kekuranganku kecuali Engkau sempurnakan ia.

Allahumma ya Allah.  Janganlah Engkau biarkan aku berpaling dari orang yang memberi nasihat kepadaku. Jadikanlah aku membalas orang yang meninggalkanku dengan kebaikan dan membalas dengan kebaikan yang melimpah terhadap orang yang tak mau memberi kepadaku. Jadikanlah aku tetap menjaga hubungan silaturahim dengan orang yang memutuskannya denganku. Jadikanlah aku membalas dengan kata-kata yang baik terhadap orang yang berbicara buruk terhadap diriku. Jadikanlah aku bersyukur atas kebaikan dan mengabaikan nasib jelek yang menimpaku.

Allahumma ya Allah. Hiasilah diriku dengan perhiasan orang-orang soleh, pakaikanlah kepadaku perhiasan para muttaqin dalam menyebarkan keadilan, menahan amarah, memadamkan kemarahan orang, mempersatukan orang-orang yang berpecah-belah, memperbaiki hubungan keluarga, menyebarkan kearifan, menutupi keaiban, berlembut peragai, suka melindungi yang lemah, bagus dalam perjalanan hidup, husnul khatimah, harum dalam perilaku, berlomba dalam mencapai keutamaan, pemberi kesan utama, tidak membongkar cela orang, memberi kelebihan (atau kebaikan) kepada orang yang sesungguhnya tidak berhak menerimanya, mengatakan kebenaran meskipun berat, menganggap sedikit kebaikan sendiri meskipun banyak, dan menganggap banyak keburukan sendiri meskipun sedikit, dalam perkataan dan perbuatan. Dan sempurnakanlah itu semua dengan kelestarian dalam ketaatan dan menyertai jemaah, menolak ahli bid’ah dan pemikiran-pemikiran orang yang mengada-ada.

Allahumma ya Allah. Jadikanlah aku bersegera mendatangiMu dalam keadaa darurat dan meminta kepadaMu dalam kebutuhan, bermohon-mohon kepadaMu dalam kemiskinan. Janganlah Kau coba aku dengan meminta tolong kepada selain Engkau manakala mengalami kesukaran atau merendahkan diri untuk meminta kepada selain Engkau manakala sedang melarat, yang kerana itu aku menjadi berhak Engkau abaikan, tidak Kau beri dan Kau tinggalkan, wahai Yang Maha Pengasih dari yang mengasihi.

Allahumma ya Allah, jadikanlah apa yang dimasukkan oleh syaitan  ke dalam hatiku berupa angan-angan, prasangka dan dengki, menjadi ingatan akan kebesaranMu dan tafakur atas kemahakuasaanMu dan rancangan siasah menghadapi musuhMu. Dan ubahlah apa yang berani aku ucapkan pada lidahku berupa kata-kata yang keji, racun, mencerca kehormatan orang, kesaksian palsu, membicarakan keburukan orang yang tak ada di tempat atau mencela orang yang hadir atau yang serupa itu, menjadi ucapan yang berisi pujian kepadaMu, tenggelam dalam pujaan kepadaMu, terus menerus mengagungkanMu, bersyukur atas nikmatMu, mengakui kebaikanMu dan menghitung-hitung pemberianMu.

Allahumma ya Allah.  Janganlah Kau biarkan aku dizalimi orang sementara Engkau mampu menolaknya dariku, jangan pula Kau biarkan aku menzalimi orang sementara Engkau mampu menahannya dariku. Janganlah Kau biarkan aku tersesat sedangkan Engkau telah memberi hidayah kepadaku. Janganlah Kau biarkan aku fakir sedangkan darMulah keluasan rezekiku. Janganlah Kau biarkan aku menjadi tiran sedangkan dariMulah kekuasaanku.

Allahumma ya Allah,jadikan aku berbicara dengan petunjuk dan ilhamkanlah kepadaku ketakwaan. Berilah aku taufik kepada apa yang lebih suci dan jadikanlah aku mengerjakan apa yang lebih Engkau  redhai. Allahumma ya Allah jadikanlah aku berjalan menempuh jalan yang utama. Jadikanlah aku hidup dan mati dalam agamaMu.

Allahumma ya Allah. Berikanlah aku harta benda melalui penghematan dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang lurus, penunjuk ke jalan yang lurus, termasuk hamba yang soleh. Anugerahilah aku akhirat  yang penuh kemenangan, tujuan yang selamat.

Allahumma ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad saw dan keluarganya. Cegahlah aku dari keborosan dan berlebih-lebihan, jagalah rezekiku dari kemusnahan dan berikanlah kepadaku jalan petunjuk kepada kebaikan dari apa yang ku nafkahkan.

Allahumma ya Allah. Liputilah wajahku dengan kelembutan dan janganlah Kau hinakan wajahku dengan kemelaratan yang akan menyebabkan aku meminta rezeki kepada penerima rezekiMu dan meminta kepada makhlukMu yang paling buruk hingga aku tercoba dengan mengagungkan orang yang memberikanku serta mencela orang yang tidak memberiku sedangkan Engkau adalah Penguasa pemberian dan pencegahan.

Allahumma ya Allah. Berikanlah aku kesehatan dalam ibadah dan keluasan dalam kezuhudan, ilmu dalam berkerja dan wara’ dalam semuanya itu.

Ameen YaRabbal Alameen

Solat


Diri dan kekalkan.......

Wahai anakku! Jangan biarkan bapa ayam lebih bijak daripadamu, ia menyeru pada waktu-waktu sahur sedang engkau masih mendengkur tidur. ( Luqman al-Hakim )

Friday, June 24, 2011

Rejab…then

Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahlah keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampailkanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan
Ameen.

Thursday, June 23, 2011

ku kembalikan titipanMu

Salam sejahtera dariku kepadamu Ya Rasulullah dan dari puterimu yang kini turun disampingmu, yang begitu cepat menemuimu. Kesabaranku yang ku peroleh darimu ya Rasulullah sudah semakin berkurang dan kekuatanku untuk menanggung penderitaan ini sudah semakin menipis.

Namun betapa pun juga dalam kehebatan duka berpisah denganmu dan dalam menghadapi musibah kerana kepergianmu ya Rasulullah, ku temukan dermaga untuk bersabar. Aku telah baringkan engkau di tempat persemayamanmu dan jiwamu menelusup ke dalam tenggorokan dan dadaku. Kita berasal dari Allah dan kembali pula kepadaNya.

Sekarang aku serahkan kembali titipamu kepadaku. Dukaku ya Rasulullah telah membeku dan malam-malamkukan penuh dengan kesunyian sampai tiba saatnya Allah memilihkan untukku kampong halaman yang kini engkau tinggal di sana.

Puterimu ini akan menyampaikan berita kepadamu tentang semakin banyaknya umatmu yang berlaku zalim kepadanya dan merampas hak-haknya. Kerana itu, mudahkan pertanyaanmu kepadanya dan jangan engkau persulit. Sampaikan kepadanya segala persoalannya.

Inilah ya Rasulullah. Waktu (pertemuan kita) tidak akan lama lagi, dan ingatan kepadamu tak pernah henti.

Salam sejahtera kepadamu dari orang yang masih tertinggal tanpa kebencian, tanpa berat hati. Kalau pun aku akan meninggalkan dunia ini maka kuterima hal itu tanpa bimbang-ragu dan bila seandainya aku masih harus menetap di dalamnya maka semuanya itu aku terima tanpa buruk sangka terhadap apa yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang sabar.

Wallahu’alam.



Gantungan

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah ( Ibnul Qayyim )

Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. ( 2:122)

Wednesday, June 22, 2011

Mencari Diri

Ya Ilahi betapa banyaknya ujian dan cobaan yang telah Engkau berikan untukku dan betapa banyaknya pula anugerah yang Engkau muliakan diriku melalui kemuliaanMu.

Ya Ilahi, apabila kemaksiatanku begitu banyak dalam umurku dan dosa-dosaku menumpuk dalam lembaran catatanMu, maka tiada lain yang ku harap dariMu kecuali maghfirahMu dan tidak ada pula yang kuinginkan kecuali redhaMu.

Ya Ilahi, aku selalu memikirkan ampunanMu, sehingga terasa ringanlah dosa-dosaku dan ketika aku mengingat besarnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku, maka terasalah betapa beratnya ujianMu kepadaku.

Ya Ilahi, kalau aku membaca dalam lembaran-lembaran hidupku dosa-dosa yang ku kerjakan kerana kealpaan sedangkan Engkau tetap akan menghisabnya dan berkata, “Siksalah dia”, maka sungguh itu suatu siksa yang tak mungkin seseorang diselamatkan oleh keluarganya, tidak berguna pula pertolongan kabilahnya dan tidak pula kasih sayang dari kelompoknya manakala dia sudah dipanggil seperti itu.

Ya Ilahi, lindungilah aku dari api neraka yang membakar jantung dan seluruh tubuh.

Ya Ilahi, lindungilah aku dari api neraka yang menjilat dan membakar……

Ya Ilahi, aku tidak menyembahMu lantaran takut siksaMu dan tidak pula berharap akan pahala dariMu . Tetapi aku menyembahMu semata-mata lantaran aku mendapatkanMu sebagai Dzat yang semestinya disembah.

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Monday, June 20, 2011

Indahnya

KEBERSAMAAN DALAM PERBEZAAN


Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (66:8).

Dedikasi buat  M.Mas & Azi - Jazakillahu khairan khatira. Ameen.


…dengan solat

Wahai Abu Dzar, sesungguhnya Allah menjadikan penyejuk mataku dalam solat dan aku mencintainya sebagaimana cintanya orang lapar pada makanan dan orang haus pada air. Orang yang lapar kalau makan maka ia kenyang dan orang yang haus kalau minum maka ia puas, tetapi aku tidak kenyang-kenyang dengan solat.

                                                                               ( Riwayat dari Abu Dzar Al-Ghiffari )

Sunday, June 19, 2011

Masa dan sifatnya :

  1. Pantas peredarannya
Manusia akan merasa lebih pantas perjalanan masanya seandai mereka sedang bergembira dan lambat peredarannya jika mereka dalam kedukaaan. Walhal perjalanan dan peredaran adalah sama sahaja. Suatu syair membaitkannya sebagai :

Telah berlalu tahun-tahun yang dipenuhi dengan pendampingan dan kegembiraan. Seolah-olahnya dari kesingkatannya beberapa hari sahaja.
Kemudian disusuli pada hari-hari perpisahan selepasnya.
Seolah-olah hari tersebut dari segi kepanjangannya beberapa tahun
Kemudian berlalulah hari-hari tersebut dan ahli-ahlinya
Seolah-olah (tahun-tahun itu) dan mereka yang berada di dalamnya seperti mimpi sahaja.


  1. Masa yang berlalu tidak akan kembali semula
Setiap hari menyinsingnya fajar akan diseur : Wahai manusia, aku makhluk yang baru, pekerjaanmu menjadi saksi. Justeru itu tambahlah bekalan daripadaku kerana aku apabila pergi tidak akan kembali semula sehingga hari kiamat
                                   
                                                                                                ( Imam Hassan Al-Basri )

  1. Sangat bernilai, tidak boleh dimiliki oleh manusia
Wahai anak Adam! Kamu adalah himpunan hari-hari apabila berlalunya suatu hari telah berlalu sebahagian daripada kamu.

( Imam Hassan Al-Basri )

Kebijaksanaan berhemat

Menurut peribahasa Cina : ‘He who will not economise, will have to agonise’. Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu.

Ini kerana tabiat tidak berhemat lambat laun akan mendatangkan kerugian semata-mata. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Ia juga seharusnya tahu menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.

Ok bila :

  • berhati-hati bila berbelanja
  • accountable
  • tidak membazir harta kerajaan
  • tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
  • menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
  • bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
  • mengadakan sistem kewangan yang berkesan
  • menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat.
Ko bila :

  • boros dan suka membazir
  • memperagakan kehebatan dan kemewahan
  • suka bermewah dengan harta kerajaan
  • tidak cermat dengan harta kerajaan
  • suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
  • kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku ( Surah Ibrahim :40 )

Saturday, June 18, 2011

Iktibar kisah rasul-rasul

Pertama untuk mengingatkan bahawa berpalingnya umat manusia daripada menerima dalil-dalil dan keterangan yang tersebut tidaklah terhad kepada kaum Nabi Muhammad saw bahkan perkara ini adalah satu kebiasaan yang buruk yang terdapat dalam kalangan segala umat yang telah lalu.

Kedua  bagi menceritakan akibat orang-orang yang ingin engkar itu berakhir dengan laknat di dunia dan kerugian di akhirat. Sebaliknya orang-orang yang benar (yang beriman) dapat mencapai kejayaan dunia dan kebahagiaan akhirat. Ini sudah tentu menguatkan semangat orang-orang yang benar dan meruntuhkan semangat orang-orang yang engkar.

Ketiga bagi menarik perhatian umat manusia bahawa Allah Ta’ala meskipun ia memberi tempoh kepada orang-orang yang engkar itu tetapi ia tidak membiarkan mereka bahkan ia akan membalas mereka dengan sepenuhnya.

sesudah wuduk

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku ini dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku ini dari golongan orang-orang yang suci.

Friday, June 17, 2011

Bandingan kalimah

Bandingan kalimah ‘iman dan tauhid’ adalah ibarat sebatang pohon yang baik, tegak berdiri dengan gagahnya, pangkalnya bertunjang di bumi dan pucuknya menjulang ke langit, ia sentiasa mengeluarkan buah yang lazat dengan izin Allah. Demikian halnya dengan orang yang beriman yang tetap teguhnya imannya dan tidak putus-putus amal kebajikannya akan mencapai kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat.

Manakala bandingan kalimah ‘kufur dan syrik’ adalah ibarat sebatang pohon yang tidak berguna, yang terbongkas akar-akarnya dan tidak bertapak untuk tegak hidup. Demikian halnya orang kafir, tidak mempunyai tapak pendirian yang menjamin keselamatannya. Dan sebagaimana pohon yang tidak berguna itu tidak mengeluarkan melainkan buah yang pahit maka demikianlah amal perbuatan orang kafir tidak mendatangkan sebarang faedah kepadanya pada hari akhirat kelak.

Derma

Mendermakan harta benda dan apa sahaja walau bagaimana kecil dan sedikit jumlahnya adalah berpahala. Tetapi hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna serta besar pahalanya tidak akan dapat dicapai sebelum kita mendermakan harta benda dan apa sahaja yang bernilai dan sangat-sangat disayangi kerana dengan melakukan yang demikian bermakna kita dapat mengalahkan perasaan bakhil kedekut dan meningkat ke darjah taqwa.

Oleh itu awasilah daripada dilalaikan dan diperdayakan oleh kesenangan dunia dan kemewahannya dan sebaliknya, gunakanlah semuanya itu untuk amal kebajikan bagi mencapai kesenangan dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.

membasuh kaki kiri

Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian Al-Mustaqim ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq.

Thursday, June 16, 2011

Mendidik itu

Mendidik tidak bererti mengajar orang akan apa yang mereka tidak ketahui tetapi mendidik ialah suatu pekerjaan yang memakan hati, perlu dilaksanakan terus menerus, sangat sulit dan perlu dilaksanakan dengan ramah tamah, pengawasan, peringatan, perintah dan yang paling utama ialah memberi teladan – John Ruskin.

membasuh kaki kanan

Ya Allah tetapkan kakiku di atas titian sirat Al-Mustaqim bersama tetapnya kaki-kaki hambaMu yang soleh.

Wednesday, June 15, 2011

Sejenak hari ini ……


#    Berfikir untuk keuntungan kini dan selamanya baik semasa di sini atau di sana. Garapkan kelaziman pemikiran tentang kehebatanNya bukan pada makhluknya.. Natijahnya , lama kelamaan ia akan meresap terhujam ke lubuk hati. Ingat dan rebutlah lima sebelum lima yang lain ; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibok, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati

#    Berzikir untuk mengingatiNya saban saat dan ketika. Ingatlah depaanNya melangkaui 
      bilah jari buat kita yang tidak pernah lalai pergantungan  melalui bacaan yang
      menzahirkan ingatan dan pujian hanya padaNya dengan penuh tulus dan keikhlasan.
      Ingatan murni  dan kudus tanpa syarat.

#   Bersyukur  pada setiap nikmat dan musibah menimpa. TadbirNya maha indah.
     Hikmah yang tersurat dan tersirat buat kita. Zahirkan kesyukuran pada nikmat dengan
     menyebut-yebutnya. Bersedekah dalam menginfakkan harta kekayaan atau
     senyumlah. Redha pula pada kesulitan yang melanda. Segalanya cubaan yang menguji
     setiap yang bernama hambaNya.

#   Bersabar dalam menyata dan meluruskan niat, menyempurna serta menyingkapi
hasilnya. Iakan separoh daripada keimanan. Ada tabir siang dan malam, suka dan duka begitu juga hari ini bisa berfikir, berzikir dan bersabar. Esok sudah tidak mampu kerana tidak hidup lagi, iaitu mati. Segalanya berpasangan Apapun tunggulah hujan untuk menatap indah gemilangnya pelangi. Sabar…sabar….dan sabar tahap ketiga.

     Selagi Ia bersama, apa lagi?......dunia pasti bersama bukan sekadar akhirat.
     Percayalah…..

     Wallahu’alam.




Kewajipan menjalankan tugas

Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna.

Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela,rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan.

Oleh yang demikian sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya tugas dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat.Peribahasa Cina telah menegaskan : ‘Thinking well is wise, planning well is wiser, doing well is the wisest and best of all.’

Ok bila :

  • sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
  • tekun dan sabar menjalankan tugas
  • selalu mempunyai inisiatif sendiri
  • boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
  • mementingkan kualiti
  • cergas dan pantas bekerja
  • cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
  • ‘accountable’
  • Sentiasa belajar dari kesalahan
  • Bersikap professional dan cekap

Ko bila :

# mudah menyeleweng daripada tanggungjawab
# tidak boleh diharap
# suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas
# tidak taat kepada arahan
# tidak bersungguh-sungguh
# suka bertangguh-tangguh
# mengelak daripada tanggungjawab
# tidak peka kepada kualiti
# menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri
# sentiasa membuat kesilapan kerja
# tidak mengikut peraturan
# mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar
# tidak suka membantu rakan sejawat
# berniaga di waktu pejabat

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

menyapu kedua telinga

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku ini sebagai orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya.

Tuesday, June 14, 2011

Pengaruh Teladan

Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang membangun disebabkan pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana.

Sebaliknya keruntuhan tamadun disebabkan kelemahan, kebodohan dan kelalaian pemimpin-pemimpin. Pengaroh teladan yng positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk.Rasulullah saw bersabda : Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain.

Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak, tutur kata atau tingkahlakunya yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

Seterusnya baginda bersabda: Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pabila orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.

Ok bila :

  • sentiasa berkelakuan baik
  • tidak tamak kepada  harta dan kedudukan
  • bermoral dan berakhlak tinggi
  • tettib dan beradab sepanjang masa
  • rajin dan kuat bekerja
  • amanah dan bertanggungjawab
  • jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
  • mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
  • berpandangan jauh
  • berdisiplin dalam semua tindakan
  • sanggup berkorban setiap ketika
  • bekerjasama untuk kebaikan
  • sederhana dalam tindakan dan tutur kata
  • berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
  • berbudi mulia serta merendah diri
  • gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
  • bersih hati dan fikiran
Ko bila :

# buruk perangai dan tingkahlaku
# jahil dan tidak suka membaca
# hasad dengki dan buruk sangka
# mempersendakan agama
# kedekut dan bakhil
# suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
# suka mengumpat dan mengadudomba
# terlalu sensitive dan cepat marah
# tidak kenal budaya sendiri
# hipokrit serta berpura-pura
# tidak berpandangan jauh

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

Benarlah, Qulil haq walau kaa namurra ( berkata benarlah walaupun ianya pahit)  Apapun 'criticism is not condemning '. Ia dua perkara yang berlainan. Keikhlasan menghasilkan penerimaan. Beranilah diri untuk berterus terang secara betul dan 'factful '. Ukhuwwah fillah itu kan kekal elok mewanggi.

Hasbi Allahu La Ilaha Illahu 'Alaihi Tawakkaltu wa Hua Rabbul Arsyil ' Aziim

menyapu kepala

Ya Allah ya Tuhanku haramkanlah rambutku dan kulitku dari api neraka

Monday, June 13, 2011

membasuh tangan kiri hingga kesiku

Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada Engkau memberikan suratan amalku dengan tangan kiriku atau dari sebelah belakangku

Sunday, June 12, 2011

Kata Ayah

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
saya memandang putih mata
mencari makna pada usia yang terlalu muda.


Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
saya merenung dalam penuh tanya
mencari makna malam dan gelap yang datang.


Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
saya mengira dengan akal
mencari
berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
hanya satu tiada dua
anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.


Kata ayah, perempuan adalah rahsia
penuh rasa malu tercipta
tanpanya benteng takkan tega
menongkah perit cubaan dunia.


Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
dari sinar panahan syaitan
yang menunggu waktu kau layu
dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.


Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
buat bekal di perjalanan
apabila saya terasa hidup ini cukup penat
ia akan jadi pedoman yang mengingat.


Kini,
ketika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
saya pegang amanah maruah
saya junjung beban kasih yang melimpah


Hanya kerana pesan ayah, bahawa
cinta itu wahai anak
bukanlah benda yang dapat dicari
tidak juga boleh dibeli
jauh lagi untuk dimusihi
pun bukan untuk dipenuhi
atau untuk dibinasai.


Cinta itu wahai anak
adalah yang mewangi bila diuji
yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
yang tidak hilang bilamana musim berganti.


Kau akan berjaya
bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.


Sebaliknya,
kau tetap segar dan mekar
di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
kau melindungi diri
kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.


Demikian, pesan ayah saya simpan
di sudut hati yang paling suci
mengisi segala nilai-nilai murni!


( Zaharah Muhammad, Sungai Buloh )

( http://bintimuhammad.wordpress.com )

membasuh tangan kanan hingga kesiku

Ya  Tuhanku berikanlah suratan amalku dengan tangan kananku dan hisabkanlah amalku dengan cara yang mudah

Saturday, June 11, 2011

Sejahtera

Mu’az bin Rifa’ah menceritakan daripada bapanya, Bahawa Rasulullah saw berada di mimbar dan menangis lalu berkata ;  Mintalah keampunan kesejahteraan daripada Allah kerana setelah seseorang diberikan keyakinan (iman) maka tiada lagi yang lebih baik daripada kesejahteraan. (Sunan at-Tirmizi)


Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan petunjuk kepadaku, memberi makanan padaku, memberikan minuman kepadaku, mematikan daku dan membangkitkan daku semula

Ya Allah, nikmat yang daku terima pagi  (petang / malam ) ini atau yang diterima oleh salah seorang dari hambaMu maka sumbernya hanyalah Engkau semata-mata, tiada sekutu bagiMu, bagiMulah pujian dan kepadaMu kami bersyukur atas semuanya itu.

membasuh muka

Ya Allah ya Tuhanku, serikanlah mukaku dengan NurMu, pada hari dimana segala muka-muka wali Engkau putih berseri. Janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan. Engkau pada hari di mana segala muka-muka musuhMu akan menjadi hitam legam.

Friday, June 10, 2011

Merenung bicara

“Terlalu ramai manusia yang cuba berselindung di sebalik ucapan ‘bijak’ mereka. Ayuh, laksanakan. Jalaninya dan jangan sekadar memaksa untuk orang percaya kerana ia tidak akan berlaku.

“Saya memilih untuk tidak menjadi orang yang bersembunyi di sebalik kata-kata tetapi tidak melakukan apa-apa usaha untuk merealisasikannya,”

( Padah gila kerja, Berita Harian )

siang di bulan maghfirah

  1. Berpuasa

  1. Solat-solat sunat mengiring dan sesudah fardhu.

  1. Solat sunat Israk, Dhuha dan Tasbih

  1. Berdoa memohon : keampunan da taubat, diterima amalan ibadat, selamat dunia dan akhirat, lepas daripada azabNya di akhirat, masuki Syurga dan dicurahi rahmat.

  1. Bersedekah dan berzikir : 
    • Lailahaillallah
    • AllahhuAkhbar

100 kali selepas solat Subuh dan Asar.

  1. Bertasbih
    • Subhanarobbialaala ( Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi : 100x )
    • Subhanallahiwabihamdih, Subhanallahilazim   ( Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong : 100x )
    • Subhanallahi Walhamdulillahi Walailahaillallahu Wallahuakbar Walahaulawalaquwwataillbillahilaliyyilazim  ( Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong  : 100x )

  1. Selawat
Allahummasolliala saiyidina Muhammad Waala ali saidina Muhammad : 10 atau  100x

  1. Istighfar :
Astaghfirullahal azhima waatubuilaih
( Aku mohon ampun kepada Alllah Yang Maha Agong dan aku bertaubat kepadaNya : 70 atau 100x pagi dan petang )

  1. Membaca Al Quran dan beristighfar kepada ibubapa
Robbinghfirliwalidaiya Warhamhuma Kamarobayani soghiro
( Ya Tuhanku ampunilah aku dan dua ibubapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku diwaktu kecil : seberapa banyak yang boleh )