Wednesday, June 15, 2011

Sejenak hari ini ……


#    Berfikir untuk keuntungan kini dan selamanya baik semasa di sini atau di sana. Garapkan kelaziman pemikiran tentang kehebatanNya bukan pada makhluknya.. Natijahnya , lama kelamaan ia akan meresap terhujam ke lubuk hati. Ingat dan rebutlah lima sebelum lima yang lain ; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibok, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati

#    Berzikir untuk mengingatiNya saban saat dan ketika. Ingatlah depaanNya melangkaui 
      bilah jari buat kita yang tidak pernah lalai pergantungan  melalui bacaan yang
      menzahirkan ingatan dan pujian hanya padaNya dengan penuh tulus dan keikhlasan.
      Ingatan murni  dan kudus tanpa syarat.

#   Bersyukur  pada setiap nikmat dan musibah menimpa. TadbirNya maha indah.
     Hikmah yang tersurat dan tersirat buat kita. Zahirkan kesyukuran pada nikmat dengan
     menyebut-yebutnya. Bersedekah dalam menginfakkan harta kekayaan atau
     senyumlah. Redha pula pada kesulitan yang melanda. Segalanya cubaan yang menguji
     setiap yang bernama hambaNya.

#   Bersabar dalam menyata dan meluruskan niat, menyempurna serta menyingkapi
hasilnya. Iakan separoh daripada keimanan. Ada tabir siang dan malam, suka dan duka begitu juga hari ini bisa berfikir, berzikir dan bersabar. Esok sudah tidak mampu kerana tidak hidup lagi, iaitu mati. Segalanya berpasangan Apapun tunggulah hujan untuk menatap indah gemilangnya pelangi. Sabar…sabar….dan sabar tahap ketiga.

     Selagi Ia bersama, apa lagi?......dunia pasti bersama bukan sekadar akhirat.
     Percayalah…..

     Wallahu’alam.




No comments:

Post a Comment