Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada abah kerana menghancurkan impiannya
maaf pada abah kerana menghancurkan impiannya
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada mama kerana membebankan
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada guru kerana fokus dan minat terbengkalai
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada teman kerana bahasa yang kasar
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada abang atas kebiadaban
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada kakak kerana kurang penghormatan
Andai maaf mudah diungkapkan
maaf pada adik-adik kerana bukan kakak terbaik
Andai maaf mudah diungkapkan …
namun maaf bukan mudah untuk diungkap
Tersimpan rapi dalam sanubari
bukan kerana ego dalam diri
bukan kerana sombong dalam hati
Tapi sebak menguasai saat maaf diungkapi
hanya mampu aku berjanji
dengan Tuhan menjadi saksi
dengan Tuhan menjadi saksi
Salah tidak diulangi
impian cuba aku penuhi
harapan terus aku gagahi
maaf kerana aku bukan sempurna
dan hanya pada Dia aku berdoa
moga maaf telah sampai pada jiwa.
No comments:
Post a Comment