Sunday, June 5, 2011

Kekuatan sifat baik hati

Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak merasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengannya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong.

Mengapa kita sukakan sifat-sifat sedemikian dan tidak yang sebaliknya?. Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi manusia iaitu sifat fitrah. Oleh kerana manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah menepikan sifat-sifat yang semulajadi dan perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik dan buruk.

Pengawalan hawa nafsu amat penting dalam proses pembersihan diri daripada sifat-sifat buruk dan pengawalan ini hendaklah dilakukan melalui pemikiran yang waras dan wajar. Rasulullah saw bersabda: ‘Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa’.

Ok bila :

# bersopan santun setiap masa
# pemaaf dan berhemah tinggi
# simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
# ikhlas dan bertimbang rasa
# pemurah dalam usaha kebaikan
# mudah mesra dan bekerjasama
# merendah diri
# berbudi mulia
# boleh menerima teguran
# berlaku adil dalam semua tindakan
# sedia menerima cadangan

Ko bila :

# kasar dan kurang sopan
# berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan
# bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
# tidak bertimbang rasa
# mementingkan diri sendiri
# sombong, bongkak dan membesar-besar diri
# bermuka-muka
# cepat menghukum tanpa siasatan
# cepat menuduh tanpa siasatan
# suka mencaci
# suka menghina orang
# tidak boleh menerima kritikan
# cepat membuat kritikan.

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

No comments:

Post a Comment