Segala puji-pujian itu ditentukan bagi Allah yang telah menganugerahkan ke atas kita
dengan nikmat Islam dan nikmat iman.
Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam yang telah menambah akan kami
dengan nikmatNya yang berbagai-bagai.
Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani dengan hamba-hambanya sewaktu berada dalam kubur dengan kerehatan rahmat dan bau-bauan.
Tuhan yang menguasai hari Qiamat yang akan menghukum ke atas hambaNya
dengan penuh keadilan dan keihsanan..
Engkau Allah yang kami sembah yakni kami tentukan Allah sahajalah
kami melakukan ibadat dalam setiap waktu dan ketika
Dan dengan Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan ke atas seteru-seteru
dan nafsu-nafsu dan syaitan, tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (bnar)
dengan sentiasa berada (tetap hati) di atas keimanan jalan yang engkau anugerahkan ke atas mereka itu daripada mereka yang mendapat hidayat mengikut jalan ke Syurga
bukan jalan-jalan mereka yang Engkau murkai (Yahudi) dan ke atasnya juga bukan mereka yang sesat (Nasrani) mereka yang kufur dan zalim.
Perkenankanlah Ya Allah akan permohonan dan kesyukuran bagi Tuhan
yang mempunyai kekuatan (gagah perkasa).
No comments:
Post a Comment