Peribadi seseorang ialah ‘the total personality’ – wataknya,sikapnya,perilakunya dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik.
Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkah lagi hiasan luaran peribadi.
Dari sifat dalaman pula seseorang itu perlu tenang, bersikap belas kasihan tetapi tegas, beramah mesra, kuat disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
‘Buruk laku itu menambah buruknya amalan, sebagaimana cuka merosakkan madu,’ ujar Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali.
Ok bila :
# teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan
# menyempurnakan tugas dengan amanah
# bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
# berilmu dan berpengetahuan luas
# mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
# sedia berkorban
# berlumba-lumba membuat kebajikan
# kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
# bersifat penyayang
# bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
# bertimbang rasa tetapi tegas
# bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
# taat setia dan patuh kepada arahan
# bersyukur dan menghargai kebaikan
# bersih daripada sifat dengki
# berani dan berpendirian teguh
# bertanggungjawab dan sedia berbakti
# jimat cermat dalam segala aspek
# tertib dan baik budi bicara
# cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
# cekal menghadapi cabaran
# bekerjasama dan saling hormat-menghormati
Ko bila :
# selalu berpura-pura dalam tindakan
# bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk
# sukar untuk membuat kebajikan
# suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
# tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan
# gopoh dalam bertindak
# mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
# mungkir janji
# suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
# pemarah dan tidak sabar
# khianat dalam melaksanakan tugas
# berdendam serta hasad dengki
# bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri
# suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya
# mementingkan diri sendiri
# lembab dan malas berusaha
# pengotor dan selekeh dalam pembawaan
# tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
# tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
# suka membuat janji palsu
# bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan
# percaya pada tahayul
# memfitnah orang lain
# suka mengintip salah silap orang
# tidak ada pendirian tetap
# tidak berdisiplin
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )
No comments:
Post a Comment