Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna.
Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela,rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan.
Oleh yang demikian sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya tugas dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat.Peribahasa Cina telah menegaskan : ‘Thinking well is wise, planning well is wiser, doing well is the wisest and best of all.’
Ok bila :
- sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
- tekun dan sabar menjalankan tugas
- selalu mempunyai inisiatif sendiri
- boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
- mementingkan kualiti
- cergas dan pantas bekerja
- cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
- ‘accountable’
- Sentiasa belajar dari kesalahan
- Bersikap professional dan cekap
Ko bila :
# mudah menyeleweng daripada tanggungjawab
# tidak boleh diharap
# suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas
# tidak taat kepada arahan
# tidak bersungguh-sungguh
# suka bertangguh-tangguh
# mengelak daripada tanggungjawab
# tidak peka kepada kualiti
# menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri
# sentiasa membuat kesilapan kerja
# tidak mengikut peraturan
# mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar
# tidak suka membantu rakan sejawat
# berniaga di waktu pejabat
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )
No comments:
Post a Comment