Pertama untuk mengingatkan bahawa berpalingnya umat manusia daripada menerima dalil-dalil dan keterangan yang tersebut tidaklah terhad kepada kaum Nabi Muhammad saw bahkan perkara ini adalah satu kebiasaan yang buruk yang terdapat dalam kalangan segala umat yang telah lalu.
Kedua bagi menceritakan akibat orang-orang yang ingin engkar itu berakhir dengan laknat di dunia dan kerugian di akhirat. Sebaliknya orang-orang yang benar (yang beriman) dapat mencapai kejayaan dunia dan kebahagiaan akhirat. Ini sudah tentu menguatkan semangat orang-orang yang benar dan meruntuhkan semangat orang-orang yang engkar.
Ketiga bagi menarik perhatian umat manusia bahawa Allah Ta’ala meskipun ia memberi tempoh kepada orang-orang yang engkar itu tetapi ia tidak membiarkan mereka bahkan ia akan membalas mereka dengan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment