Menurut peribahasa Cina : ‘He who will not economise, will have to agonise’. Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu.
Ini kerana tabiat tidak berhemat lambat laun akan mendatangkan kerugian semata-mata. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Ia juga seharusnya tahu menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.
Ok bila :
- berhati-hati bila berbelanja
- accountable
- tidak membazir harta kerajaan
- tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
- menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
- bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
- mengadakan sistem kewangan yang berkesan
- menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat.
Ko bila :
- boros dan suka membazir
- memperagakan kehebatan dan kemewahan
- suka bermewah dengan harta kerajaan
- tidak cermat dengan harta kerajaan
- suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
- kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku ( Surah Ibrahim :40 )
No comments:
Post a Comment