Tuesday, June 14, 2011

Pengaruh Teladan

Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang membangun disebabkan pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana.

Sebaliknya keruntuhan tamadun disebabkan kelemahan, kebodohan dan kelalaian pemimpin-pemimpin. Pengaroh teladan yng positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk.Rasulullah saw bersabda : Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain.

Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak, tutur kata atau tingkahlakunya yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

Seterusnya baginda bersabda: Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pabila orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.

Ok bila :

  • sentiasa berkelakuan baik
  • tidak tamak kepada  harta dan kedudukan
  • bermoral dan berakhlak tinggi
  • tettib dan beradab sepanjang masa
  • rajin dan kuat bekerja
  • amanah dan bertanggungjawab
  • jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
  • mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
  • berpandangan jauh
  • berdisiplin dalam semua tindakan
  • sanggup berkorban setiap ketika
  • bekerjasama untuk kebaikan
  • sederhana dalam tindakan dan tutur kata
  • berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
  • berbudi mulia serta merendah diri
  • gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
  • bersih hati dan fikiran
Ko bila :

# buruk perangai dan tingkahlaku
# jahil dan tidak suka membaca
# hasad dengki dan buruk sangka
# mempersendakan agama
# kedekut dan bakhil
# suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
# suka mengumpat dan mengadudomba
# terlalu sensitive dan cepat marah
# tidak kenal budaya sendiri
# hipokrit serta berpura-pura
# tidak berpandangan jauh

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

Benarlah, Qulil haq walau kaa namurra ( berkata benarlah walaupun ianya pahit)  Apapun 'criticism is not condemning '. Ia dua perkara yang berlainan. Keikhlasan menghasilkan penerimaan. Beranilah diri untuk berterus terang secara betul dan 'factful '. Ukhuwwah fillah itu kan kekal elok mewanggi.

Hasbi Allahu La Ilaha Illahu 'Alaihi Tawakkaltu wa Hua Rabbul Arsyil ' Aziim

No comments:

Post a Comment