Friday, June 17, 2011

Derma

Mendermakan harta benda dan apa sahaja walau bagaimana kecil dan sedikit jumlahnya adalah berpahala. Tetapi hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna serta besar pahalanya tidak akan dapat dicapai sebelum kita mendermakan harta benda dan apa sahaja yang bernilai dan sangat-sangat disayangi kerana dengan melakukan yang demikian bermakna kita dapat mengalahkan perasaan bakhil kedekut dan meningkat ke darjah taqwa.

Oleh itu awasilah daripada dilalaikan dan diperdayakan oleh kesenangan dunia dan kemewahannya dan sebaliknya, gunakanlah semuanya itu untuk amal kebajikan bagi mencapai kesenangan dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment