Mu’az bin Rifa’ah menceritakan daripada bapanya, Bahawa Rasulullah saw berada di mimbar dan menangis lalu berkata ; Mintalah keampunan kesejahteraan daripada Allah kerana setelah seseorang diberikan keyakinan (iman) maka tiada lagi yang lebih baik daripada kesejahteraan. (Sunan at-Tirmizi)
Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan petunjuk kepadaku, memberi makanan padaku, memberikan minuman kepadaku, mematikan daku dan membangkitkan daku semula
Ya Allah, nikmat yang daku terima pagi (petang / malam ) ini atau yang diterima oleh salah seorang dari hambaMu maka sumbernya hanyalah Engkau semata-mata, tiada sekutu bagiMu, bagiMulah pujian dan kepadaMu kami bersyukur atas semuanya itu.
No comments:
Post a Comment