Tip Eksekutif
Cemerlang 14
Ia juga dikenali dengan Right Mental Attitude (RMA). Terimalah sesuatu
dengan positif meskipun ianya bertentangan dengan naluri kita. Misalnya arahan
kerja tambahan yang tidak diperoleh sebelumnya. Anggap organisasi sebagai diri
kita sendiri. Hanya dengan cara ini, kita dapat mewujudkan pemikiran positif
dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata membantu organisasi. Begitu juga
apabila kita ditukarkan ke jabatan lain yang tidak kita sukai.
Manakala apabila pandangan kita ditolak oleh bos tanpa alasan munasabah,
usah mudah berputus asa dan merajuk dengan pihak pengurusan kerana kecewa. Jika
berpanjangan ia menjejaskan prestasi kerja. Ia memberikan imej kurang baik
kepada organisasi, menjejaskan reputasi peribadi diri pada organisasi.
Apabila orang lain terlebih dahulu mendapat pujian atas idea yang anda
lontarka, bersabarlah. Ingat, apabila kebaikan dibuat kepada orang lain,
akhirnya ia kembali kepada anda. Demikianlah juga apabila orang lain menerima
anugerah walaupun prestasi kerjanya tidak cemerlang, merungut-rungut dalam
organisasi adalah lumrah. Akan ada yang tak pernah puas hati dan kecewa.
Jadilah pekerja yang produktif dan kekalkan prestasi baik. Minda yang positif
mengukuhkan jiwa agar tidak mudah kalah dan kecewa apabila gagal.
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment