Wednesday, May 14, 2014

Jauhlah daripada sifat-sifat keji

Ya Allah
kami menadah tangan memohon
agar kau hindarilah kami daripada
sifat-sifat dan sikap-sikap yang keji
salah laku, tamak haloba, dengki khianat
malas berusaha, enggan beramal ibadat
yang bakal menjerumuskan kami
ke kancah kemudaratan dan penderitaan
kerana dosa-dosa kami.

Ya Allah
hindarilah kami
halangilah kami daripada pengaruh dunia fana ini
daripada manusia-manusia yang menggoda kami
melakukan perkara-perkara yang tidak kami
sedari menghalalkan yang haram
melalaikan kami dengan keasyikan
dan kemewahan pesona dunia
 
Ya Allah
janganlah Kau biarkan kami
terus hanya bergelumang dosa
kembalikanlah kami ke pangkal jalan.

Ya Allah
kami amat takut balasanMu
di dunia dan akhirat
selamatkanlah kami
keluarga dan kaum kami
ampunkan dosa-dosa kami
terimalah taubat kami
ya Allah
padaMu aku bersujud dan berserah.

Aameen Ya Rabbal Alameen.

Datuk Dr Maznah Hamid
Himpunan doa harian, 2013

No comments:

Post a Comment