Tip Eksekutif Cemerlang
22
Tiada siapa tahu sama ada hari esok milik siapa? Ia biasanya milik orang
yang berusaha. Rezeki tidak datang bergolek. Untuk menakluki hari esok :
v
Pastikan
anda merancang kejayaan : Hidup tanpanya ibarat memandu tanpa arah. Ia sekadar
berpusing-pusing di satu tempat, tidak kemana-mana dan hanya menghabiskan minyak
yang mahalnya.
v
Lakukan
yang terbaik pada kesempatan hari ini : Kerja hari ini adalah asas bagi hari
esok. Ia perlu kukuh bagai membina bangunan.
v
Fikirkan
adanya hari esok : Elakkan mencurah air dalam tempayan bila mendengar guruh di
langit. Sedialah satu tempayan kosong. Hidup perlu diteruskan
v
Fikirkan
keperluan ada pada hari esok : Ianya meliputi keperluan fizikal dan mental.
Sesungguhnya lain-lain simbol kejayaan hari esok ialah :
v
Kejayaan
hari esok adalah kejayaan keluarga
v
Kejayaan
hari esok adalah kejayaan rakan-rakan
v
Kejayaan
hari esok adalah kejayaan organisasi
v
Kejayaan
hari esok adalah kejayaan masyarakat
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment