Friday, May 2, 2014

Perjalanan 1

Bila kita
mula menangis
ketika baru dilahirkan
oleh ibu yang telah mengalami
kesakitan antara hidup dan mati
di samping harapan-harapan
kegembiraan dan kebanggaan
seorang ayah
teman ibu sehidup semati
menanti kelahiran di balik pintu.

Perjalanan kita telah bermula
meski masih ditangani
ibu bapa yang pengasih penyayang
untuk menempuhi sekitar alam
itu sebenarnya rutin kejadian
atas tanggungjawab keduadua orang tua
demi khidupan
kerana Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Bila telah dewasa
yang mungkin tanpa ibu bapa lagi
cabaran semalam mulai ditangani sendiri
pelajaran dan pengalaman menjaditeman sejati
semoga tidak tersalah arah
kerana kini menjadi nakhoda ganti
terpaksa diteroka dengan ketakwaan
di situ ada bayang-bayang ibu bapa
menjadi kenangan abadi.
Haji Mariat Bin Haji Abdullah
Pelita Brunei, 1 Mei 2014

No comments:

Post a Comment