Sunday, May 18, 2014

Cabaran guru sekolah menengah

1. Pelajar era milenium : Pelajar ini dibekalkan telefon pintar oleh ibu bapa. Bermakna kebanyakan masa ada akses pada internet dan terdedah kepada segala bentuk maklumat (tanpa mengira negatif atau positif). Keadaan ini memaksa para guru juga kena melengfkapkan diri dengan jawapan dan pengetahuan.

2. Ibu bapa era milenium : Ibu bapa ini bukan seperti ibu bapa tradisional yang menyerahkan anak untuk dididik guru 100 peratus. Sebaliknya mereka aktif mahu tahu apa yang diajar oleh guru. Dan memeriksa dengan kririkal soalan peperiksaan serra jawapan yang guru beri markah rendah. Guru kena bersedia dengan rasional dan hujah kuat.

3. Ditugaskan di pedalaman : Masalah ini sudah wujud dari dulu, kini dan selamanya. Ramai tidak faham. Semasa mula-mula bersetuju menerima tawaran sebagaiu guru, bukankah sudah ada tertera ikrar bersedia untuk ditugaskan di mana-mana. Bila dapat surat pertukaran, boleh pula bertukar ikrar.

4. Ditugaskan di bandar besar : Ini pula di maktab negeri-negeri yang selesa dengan penempatan dan menolak bila ditukar ke bandar besar. Walaupun menerima kuarters dan pelbagai elaun lain untuk menampung kos tinggi di bandar, mereka masih keberatan.

5. Pelajar tidak boleh ditegur : Dari semasa ke semasa akan terpampang di dada akhbar ibu bapa yang membuat aduan polis terhadap guru. Kalau kes pukul sampai berbekas dan berparut, wajarlah diadu. Ini hanya dimarahi pun ibu bapa melenting, buat sudang akhbar.

6. Banyak mesyuarat : Tidak ramai mengetahui tanggung jawab guru semakin berat dan bertambah. Tidak cukup dengan tugas azali mengajar di dalam kelas mereka juga harus aktif dalam aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan dan acara sukan. Ini belum dikira kursus sana sini diatur oleh pegawai pendidikan. Atau mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru. Ramai menyangka tugas guru sangat mudah.

7. Sistem pendidikan : Bila bertukar sesuatu sistem peperiksaan, orang pertama dosoal oleh ibu bapa ialah para guru. Walhal ia adalah sistem negara. Kalau bertanya secara berhemah tidak mengapa. Ini dengan suara tinggi dan bernada menggugut. Ia langsung tidak ada harmoni.

Wallahu a’lam.

Johardy Ibrahim
Mingguan Malaysia
18 Mei 2014

No comments:

Post a Comment